[VIDEO] Tak terima hakikat kalah dengan seteru utama, fans kelab Colombia buat onar bakar stadium


  • Podium
  • Selasa, 13 Feb 2024

Api marak itu membuatkan beberapa objek dalam stadium itu mengalami kerosakan, terutamanya kerusi penyokong. — Agensi

KEHANGATAN permusuhan antara dua kelab gergasi Colombia, Atletico Nacional dan Millonarios tidak perlu diperkenalkan lagi buat pemainat tegar bola sepak seluruh dunia.

Kedua-dua mereka yang sering dahagakan kejayaan di atas padang pastinya mahu meraih kemenangan setiap kali pertembungan untuk membuktikan kemegahan masing-masing.

Jadi, tidak hairanlah apabila pertembungan mereka baru-baru ini dihangatkan media yang mahu menyaksikan satu atmosfera luar biasa dalam aksi di Stadium Atanasio Giradot yang merupakan laman sendiri buat Atletico Nacional.

Pertembungan itu sememangnya cukup menarik apabila pada minit ke-32, Millonarios berada di depan menerusi jaringan penyerang, Leonardo Castro.

Gol berkenaan membuatkan rata-rata penyokong tuan rumah sukar menerima kedudukan kerana mereka berada di tangga ketujuh liga setakat enam perlawanan.

BACA LAGI: Kejohanan benua: Cote D'Ivoire, Qatar manfaatkan kelebihan di halaman sendiri

BACA LAGI: Lepas bantu TFC II juarai Piala MFL, bek tengah lasak disebut-sebut 'kemas beg' ke Penang

Oleh itu, dalam menyuarakan kekecewaan terbabit, segelintir pihak bertindak menyalakan api di seksyen ultras, Los del Sur yang cukup dikenali dengan kelakukan ganas mereka.

Kejadian berlaku pada minit ke-85 permainan ketika terdapatnya kekecohan di atas padang yang kemudiannya menyaksikan suar dinyalakan sebelum mencetuskan kebakaran.

Insiden terbabit berjaya dirakam sebahagian penonton yang memuat naik video itu di media sosial, sekali gus membuatkan isu itu terus tular dalam kalangan peminat bola sepak Colombia.

Berdasarkan klip pendek itu, orang ramai mempersoalkan tindakan penyokong Atletico Nacional yang membakar baju mereka sendiri sebagai protes atas kekalahan berkenaan.

Namun, sehingga kini, masih tiada laporan mengatakan terdapat mangsa mengalami kecederaan daripada api marak itu kerana didapati penyokong lain sempat mengelak diri daripada kebakaran berkenaan.

Kekeocohan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan di atas padang apabila Millonarios masih meraih kemenangan penting 1-0 sementara Atletico Nacional hanya berputih mata di laman sendiri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram