Zainal Abidin beri bayangan kekal, akui belum bersedia


  • Podium
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Imigresen muncul juara Liga M3 musim lepas dengan mengutip 55 mata dan serta 53 jaringan dihasilkan. — Facebook/Imigresenfc

PENGARAH Teknikal Imigresen FC, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesahkan pasukannya belum bersedia untuk beraksi di saingan Liga Super musim 2024.

Ia membawa maksud Imigresen telah pun terkeluar daripada tiga calon yang ditawarkan Malaysia Football League (MFL) bagi mengisi slot tunggal dari Liga M3 ke Liga Super, lapor Stadium Astro.

"Kami telah membuat kajian. Hasrat dan kudrat pasukan masih lagi tidak berupaya bersaing di pentas Liga Super.

"Jika diberikan peluang untuk menjadi juara kami mungkin lebih bersedia," kata Zainal menerusi Nadi Arena.

BACA LAGI: Hype lain macam tengok Akhyar dan Safawi, TFC bakal raih 3 ‘durian runtuh’

Zainal Abidin

Datuk Zainal Abidin menggalas tugas sebagai pengarah teknikal Imigresen FC sekali gus membantu pasukan itu menjuarai Liga M3 2023.

BACA LAGI: Status bintang JDT bukan jaminan barisi kesebelasan utama Sang Penyu

Dengan pengumuman ini, ia turut membawa maksud Zainal kekal bersama pasukan tersebut, sekaligus menafikan desas-desus dia bakal kembali ke Liga Super musim 2024.

"Saya masih lagi berkhidmat bersama pasukan ini, dan tugas saya adalah membuat persiapan Imigresen untuk menghadapi musim baharu," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram