JIKA disebut nama Giulia Gwinn, mungkin anda tidak kenal siapakah dia.
Tapi jika anda masih ingat, ada kisah seorang pemain bola sepak wanita yang pernah terlupa untuk memakai seluar pendek pasukannya.
Kejadian mencuit hati itu berlaku pada musim 2023, menyaksikan Gwinn yang merupakan pemain gantian dalam aksi berdepan Nurnberg FC dilihat tenang mengawal situasi tersebut.
BACA LAGI: 'Saya suka beraksi bersama Penang', Kogi khuatir jika turun pangkat tutup peluang bersama HM
Malah, selepas namanya dipetik untuk beraksi dalam babak kedua perlawanan berdepan Nurnberg FC itu, Gwinn kelihatan baru sedar dia lupa memakai seluar pendek ketika mahu membuka seluar panjang yang dipakainya.
Menyedari perkara itu, Gwinn kemudiannya dilihat bergegas ke bilik persalinan untuk menukar seluar sukannya.
BACA LAGI: Scorer lawan JDT makin hampir pulang ke Kedah
Menariknya mengenai kisah tersebut, Gwinn mengambil masa hanya dua minit untuk menukar bersalin pakaian.
Meskipun begitu, tindakannya itu dilihat seperti tidak profesional sebagai seorang bintang bola sepak wanita apabila hampir malukan diri sendiri di hadapan penyokong.
Kisahnya itu turut tular di laman sosial Instagram yang menunjukkan detik-detik Gwinn tersedar bahawa dirinya terlupa memakai seluar pendek sukan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram