NAMA pertahanan kiri Negeri Sembilan FC (NSFC), Zamri Pin Ramli menjadi bualan hangat di media sosial.
Ia berikutan selepas difahamkan pemain pengalaman berusia 32 tahun itu dijangka dapat membantu salah satu pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air musim 2024/25.
Perkara itu dikongsikan di laman X oleh pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mendedahkan bahawa skuad Jang berisiko kehilangan seorang lagi pemain pertahanan kiri musim depan.
Difahamkan, pemain kelahiran Kedah itu bakal pulang ke negeri kelahirannya untuk membantu pasukan Kedah Darul Aman FC musim 2024/25.
BACA LAGI: Winger NSFC mahu bawa haluan baharu ke Pantai Timur
Zamri (kiri) menjadi satu-satunya pemain skuad Jang yang berjaya menembusi benteng pertahanan JDT musim 2023. — Facebook
BACA LAGI: Maaf Pawi atau Akhyar, No 7 tetap milik Ivan Mahmut
"Berbakti dengan negeri kelahiran, difahamkan Zamri Pin Ramli ke Kedah Darul Aman dari Negeri Sembilan untuk musim 2024/25.
"Zamri antara pemain yang berjaya score lawan JDT musim lalu," ciapnya.
Beraksi bersama skuad Jang musim 2023, Zamri Pin antara pemain yang berjaya menembusi benteng pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) sekali gus menghadiahkan NSFC gol sagu hati dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Untuk rekod, pemain berketinggian 1.70 meter yang tiba awal musim 2021 itu sudah membuat 34 penampilan dan merekodkan satu gol serta tiga bantuan jaringan dalam saingan Liga Super sepanjang bersama skuad Jang.
Sebelum ini, kem skuad Jang dikejutkan dengan khabar angin mengenai pemain sayap pasukan itu, Sean Eugene Selvaraj dikhabar akan meninggalkan pasukan tersebut untuk musim 2024/25.
Difahamkan, Sri Pahang FC bakal menjadi destinasi seterusnya buat bekas pemain Selangor FC itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram