KELAB Liga Super, Penang FC telah membuat keputusan untuk menjadikan Akmal Rizal sebagai pengendali mereka untuk musim 2024/2025.
Akan tetapi, Harimau Kumbang dilaporkan tidak akan memenuhkan kouta pemain import untuk musim ini kerana faktor enggan mahu berbelanja berlebihan.
Sebelum ini, Akmal di pernah memberikan bayangan tiga pemain importnya hadir daripada Brazil, Rwanda dan Chile. Tetapi siapakah mereka?
Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan merungkai siapakah tiga pemain import yang bakal menguatkan Harimau Kumbang:
1. Rafael Vitor
Tanpa perlu berselindung, Vitor merupakan pemain yang sepatutnya Penang kekalkan untuk musim 2024/2025. Pertahanan dari Brazil itu merupakan nama yang disenangi oleh penyokong Harimau Kumbang.
Pada musim lalu, Vitor dianggap sebagai pemain import yang beraksi baik buat Penang. Berbanding pemain-pemain lain seperti Soony Saad dan Abdeen Abdul, Vitor jarang mengecewakan Penang.
Ditambah pula Vitor adalah ketua pasukan Penang, ia adalah perlu untuk kelab itu mengekalkan pemain tersebut supaya dapat menjaga keharmonian bilik persalinan Harimau Kumbang. Sudah pasti, Vitor merupakan pemimpin skuad (squad leader) yang mempunyai sokongan ramai pemain Penang.
Keputusan kelab untuk kekalkan Vitor satu tindakan yang bijak, mereka sudah mempunyai pemain berkualiti untuk memastikan kubu pertahanan Penang ampuh.
BACA LAGI: Dengarnya 2 bekas bintang EPL tunggu masa 'kemas beg' ke Malaysia bulan depan
Vitor merupakan ketua pasukan Penang. — Facebook/Penang FC
2. Gerard Gohou
Satu lagi klu yang diletakkan oleh Akmal adalah Rwanda yang terletak di benua Afrika. Antara nama yang berpotensi untuk menguatkan skuad Penang adalah Gerard Gohou.
Merupakan bekas pemain kelab Aktobe dan Kairat Almaty di Uzbekistan, Gohou merupakan penyerang dan jika direkrut oleh Harimau Kumbang, dia adalah pengganti kepada Saad dan Abdeen.
Gohou telah menjaringkan 178 gol dalam 337 penampilan dalam karier kelabnya. Bersama Rwanda, dia cuma menjaringkan satu gol dalam tiga penampilannya.
Namun begitu, apa yang merisaukan adalah faktor usianya yang kini sudah berusia 35 tahun. Jika Penang memilih untuk mendapatkannya, ia berkemungkinan ada menimbulkan kecaman dalam kalangan penyokong kerana kelab mendapatkan 'kuda tua' untuk barisan serangan.
BACA LAGI: Jangan berlagak, ulang kaji antara pesanan Subkhiddin buat Nazmi julang nama Malaysia di Piala Dunia
Cohou beraksi untuk Ivory Coast di peringkat remaja. — Agensi
3. Marco Collao
Klu terakhir yang diberikan oleh Akmal adalah dengan meletakkan bendera negara Amerika Selatan iaitu Chile. Dari negara ini, nama yang disebut berpotensi menyertai Collao.
Berusia 25 tahun, Collao merupakan pemain tengah yang dilepaskan oleh kelab Chile, Audax Italiano dan kini masih belum diketahui destinasi seterusnya.
Collao boleh bermain di setiap posisi bahagian tengah padang. — Agensi
Merupakan pemain tengah yang bersifat jeneral dan bukannya perancang (playmaker), role utama Collao adalah sebagai central midfielder walaupun sebenarnya dia boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang atau pemain tengah bertahan.
Mempunyai 143 penampilan serta menghasilkan empat gol dalam lima bantuan jaringan, potensi Collao masih boleh dikembangkan dan Akmal boleh melakukannya sekiranya dia menyertai Penang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram