Semangat buat latihan tambahan, 2 import JDT seolah-olah beri amaran awal


  • Podium
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Henrique (kiri) dan Cardoso (kanan) antara empat pemain baharu JDT. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) sudah memulakan sesi latihan pramusim 2024/2025 pada Rabu dengan menyaksikan gabungan pemain lama dan import baharu lengkap memakai kit latihan baharu.

Antara pemain baharu yang sudah melapor diri di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor ialah bintang kelahiran Portugal, Francisco Geraldes, Murilo Henrique dan Nicolao Cardoso.

Sementara itu, pemain Harimau Malaya yang bertugas untuk Malaysia pada kempen Piala Asia Qatar baru-baru ini seperti Arif Aiman Hanapi, Syihan Hazmi, Corbin Ong dan Matthew Davies masih belum kelihatan.

Walaupun sebelum ini Harimau Selatan mengumumkan sedang membuat proses pengurangan bajet sehingga 40 peratus namun persediaan pramusim mereka masih kekal berlangsung di luar negara dengan memilih Portugal dan Sepanyol sebagai lokasi.

Latihan pramusim yang melibatkan skuad utama untuk berlatih dengan pantauan ketua jurulatih baharu, Hector Bidoglio itu pastinya membawa maksud bahawa Harimau Selatan menyedari cabaran besar menanti tahun ini.

BACA LAGI: Kembali lepas digugurkan JDT, kelibat bek senior bagaikan petanda terima nasib seperti Forestieri

WhatsApp Image 2024-02-16 at 18.31.46

Tangkap layar foto Henrique dan Cardoso membuat latihan tambahan.

BACA LAGI: Tak setaraf faktor fans mahu JDT tolak jemputan kelab Bojan Hodak ajak friendly

Malah, ada juga beberapa pemain yang mengambil inisiatif tersendiri untuk membuat latihan tambahan bagi berada di tahap terbaik sebelum perlawanan pramusim dan aksi sebenar bermula.

Antara pemain yang mendapat pujian penyokong apabila dilihat gigih meluangkan masa mengadakan latihan tambahan ialah tonggak pertahanan, Henrique dan bekas pemain Buriram United, Cardoso.

Perkongsian foto dari dua pemain itu menunjukkan bahawa mereka seakan-akan memberi amaran awal kepada pasukan lain untuk membantu Harimau Selatan menambah koleksi piala bagi saingan domestik dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Henrique hadir dengan reputasi tersendiri kerana pernah berkelana di beberapa kelab ternama di Sepanyol sebelum ini seperti Ourense CF dan Cultural Areas.

Manakala, Cardoso tersebut pernah beraksi bersama SSC Napoli dan Nottingham Forest, selain sudah meledak 66 jaringan dan 19 hantaran bantuan sepanjang 368 penampilan dalam karier bola sepak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram