MESKIPUN jendela perpindahan musim sejuk sudah ditutup, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat masih sibuk membuat persiapan dalam mencari rekrut baharu.
Manchester United yang kini menduduki tangga keenam selepas 23 perlawanan merupakan antara pasukan paling sibuk dalam melakukan perancangan bagi meningkatkan kualiti skuad, lebih-lebih lagi di bahagian tengah.
Kemasukan Sofyan Amrabat yang dipinjamkan dari kelab Itali, Fiorentina tidak memberi impak seperti mana diharapkan kerana dia beberapa kali diberi tugasan beraksi di posisi berbeza.
Jadi, dalam menyelesaikan masalah terbabit, juara EPL 13 kali itu dilihat perlu melakukan perbelanjaan besar sekali lagi sebelum jendela perpindahan musim panas dibuka.
Usaha itu dilaporkan sedang dilakukan pihak pengurusan apabila mereka dikatakan bersedia mendapatkan tonggak Barcelona, Frenkie de Jong.
BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL
Ten Hag (kiri) dan de Jong dilaporkan mempunyai hubungan cukup baik sehingga hari ini. — Agensi
BACA LAGI: Haaland tidak gembira di Manchester, kelab EPL tarik nafas lega
Pemain berusia 26 tahun berkenaan sudah beberapa kali dikaitkan dengan skuad The Red Devils memandangkan dia merupakan bekas anak didik Erik ten Hag ketika mereka masih bersama-sama di Ajax.
Hubungan antara pemain tengah antarabangsa Belanda dengan Manchester United dilaporkan bermula ketika pengurus terbabit dilantik kelab EPL itu pada musim 2022/23.
Meskipun sudah melakukan bidaan bernilai RM421 juta (£70 juta), kelab Sepanyol terbabit memilih untuk tidak melepaskannya yang baru sahaja hadir dari Ajax beberapa musim sebelumnya.
Namun, kini, de Jong dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Barcelona berikutan isu kewangan dihadapi mereka beberapa tahun kebelakangan ini.
Pemergiannya juga pasti akan membantu pasukan itu kerana gajinya yang tinggi memberi tekanan terhadap struktur kewangan kelab sejak kehadirannya.
Ketika ten Hag dan de Jong masih bersama-sama di kelab Belanda itu, mereka meraih pelbagai kejayaan di pentas domestik di samping membawa mereka ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2019. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram