KONFLIK dalaman antara Kelantan FC dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sememangnya masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun ia sudah tercetus sejak beberapa tahun lalu.
Kedua-dua entiti ternama di negeri Pantai Timur berkenaan difahamkan tercetus pada 2021 ketika pasukan itu mengalami perubahan dari segi pemilikan.
Terbaharu, pemegang saham majoriti kelab, Norizam Tukiman mengambil tindakan terhadap Kafa berhubung hutang pinjaman pendahuluan mencecah RM3.9 juta yang didakwa gagal dipulangkan balik oleh perbadanan negeri itu sebagaimana perjanjian mereka.
BACA LAGI: Tewas 8 kali dalam 10 game, fans Kelantan buat analisis posisi paling kritikal TRW
Norizam pernah memberikan surat saman terhadap Kafa atas isu berkenaan. — Facebook/TRW Kelantan FC
BACA LAGI: Kemarahan mula reda, tapi fans TRW ada 5 mesej penting buat Kelantan FC
"Hutang RM3.9 juta adalah hutan pinjaman pendahuluan yang diberikan kepada Kafa pada 2020. Mereka (Kafa) gagal pulang balik sebagaimana perjanjian dan tindakan diambil terhadap entiti itu," katanya.
Rentetan itu, beliau memaklumkan bahawa perbicaraan antara kedua-dua entiti terbabit akan diteruskan.
"Kelab Kelantan FC berjaya membantah permohonan defendan yang diwakili Azmi & Associates untuk membatalkan dan melupuskan kes.
"Perbicaraan penuh ditetapkan peguam akan dijalankan. Tarikh perbicaraan penuh akan ditetapkan pada 20 Februari setelah peguam plaintif mengemaskini sekiranya mempunyai pemfailan untuk pinda atau meratifikasi dokumen sedia ada," tulisnya.
Kenyataan ringkas berkenaan dikeluarkan Ahadiat Akashah dan Faridah Akhtar Mahmud dari Zurina & Partners yang mewakili kelab tercorot Liga Super 2023 itu.
Mengulas berhubung tindakan undang-undang itu, Norizam menambah, bayaran baki tiga bulan gaji musim lepas boleh diselesaikan andai duit itu boleh dibayar pihak Kafa kepada Kelantan FC.
Sehingga kini, Kelantan FC memerlukan dana bernilai jutaan ringgit untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji dialami pasukan itu sepanjang tahun lalu.
Sekiranya dapat memperolehi wang daripada tuntunan berkenaan, pasukan terbabit pasti memiliki peluang untuk menyelesaikannya, sekali gus menambah baik reputasi mereka dalam kalangan penyokong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram