Pernah dikecam hebat hanya kerana seri lawan Sabah, zaman Kelantan FC sudah jauh berubah


  • Podium
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Skuad Sabah FC pernah mengikat Kelantan FC dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Super musim 2012. — Agensi

KANCAH bola sepak tempatan pernah dikuasai oleh pasukan Kelantan FC atau lebih dikenali The Red Warriors (TRW) lebih satu dasawarsa lampau.

Zaman kemuncak skuad Kelantan FA yang dikenali pada musim 2012 sebelum ditukarkan kepada Kelantan FC apabila memenangi treble iaitu tiga kejuaraan, antaranya Liga Super dengan mengutip 60 mata, Piala FA dan Piala Malaysia.

Meskipun bergelar sebagai pasukan gergasi lebih 12 tahun lalu, Kelantan FC semasa itu pernah dikritik selepas gagal meraih kemenangan berdepan Sabah FC.

BACA LAGI: Khidmat Darren Lok antara 4 tonggak Sabah FC ditagih benam Macarthur FC

Kelantan FC

Juara treble 2012 pernah dikritik selepas gagal menewaskan Sabah. — Agensi

BACA LAGI: Piala Asia: Jordan berseronok awal, kini mahu terus bergembira sepanjang malam

Dalam saingan Liga Super 2012, Kelantan terpaksa menahan malu selepas diikat Sabah FC dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Meskipun sudah menurunkan skuad terkuat, namun Kelantan masih gagal meraih kemenangan walaupun menentang pasukan yang bergelut tangga terendah ketika itu.

Kelantan yang bermula dengan barisan serangan yang diketuai oleh penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha, penyerang Lubnan, Mohd Ghaddar Mahmoud, pemain tengah, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohd dan Mohd Shakir Shaari.

Namun, di sebalik kekuatan barisan tersebut, mereka gagal untuk mencari sebarang jaringan.

Malah, percubaan daripada Mohd Ghaddar ketika itu turut dikritik selepas terlepas peluang untuk mencetak jaringan apabila penjaga gol Sabah FC, Syed Adney Syed Hussein berjaya mengawal pintu gawang dengan baik.

Bukan sahaja Mohd Ghaddar, malah Norshahrul yang merupakan pemain cemerlang dan Pemain Paling Berharga (MVP) dua kali tahun itu mengakui sukar untuk menembusi benteng pertahanan Sabah yang diketuai oleh Mohd Reithaudeen Emran semasa itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram