KELANTAN FC kini menghuni tangga ke-13 dalam Liga Super selepas mengharungi 10 perlawanan dengan merekodkan lapan kekalahan, satu seri dan satu kemenangan.
The Red Warriors (TRW) antara pasukan pertama yang merehatkan ketua jurulatih selepas aksi hambar yang ditunjukkan oleh pemain-pemain semasa di bawah bimbingan Choi Moon-sik.
Meskipun melantik bekas pengendali Harimau Muda iaitu Frank Berndhart, TRW dilihat masih bergelut untuk menunjukkan aksi cemerlang apabila tewas dalam tiga perlawanan terakhir dalam Liga Super dan hanya menang menentang pasukan dari Liga M3, Manjung City FC di Piala FA.
Menurut salah seorang penyokong Kelantan, Mohd Hairul Imran dalam Facebook menyatakan ada dua posisi paling kritikal yang sedang dialami dalam kem TRW.
"Posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan adalah posisi paling kritikal dalam pasukan TRW sekarang.
"Selepas keluarnya Cristian Rontini dan Carli de Murga, TRW hanya ada tiga 'pure' pertahanan tengah iaitu Yusri Yuhasmadi (pemain yang off-form dan belum capai standard Liga Super), Khairul Helmi Johari (pemain berumur yang sudah di luar peak prestasi) dan Kim Min-kyu (pemain import muda yang berprestasi sederhana).
"Jadi usahlah pelik kalau lawan Perak pun kita bolos tiga gol yang mana sebelum bertemu Kelantan mereka cuma menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan," katanya.
Kim Min-kyu. — Facebook/TRW Kelantan
Tambahnya lagi, masalah posisi tengah bertahan ialah kerana dalam skuad TRW tiada pemain yang boleh bermain di kawasan tersebut.
"Bagaimana pula dengan posisi defensive midfielder (DMF)?
"Tiada apa yang nak diulas sebab kita memang tak ada seorang pun pemain pure DMF dalam pasukan.
"Dalam banyak-banyak masalah dalam pasukan, inilah kejahilan pihak pengurusan yang paling tak boleh diterima akal.
"Bayangkan mereka ambil tiga import pertahanan tapi semuanya ke laut dan akhirnya cuma tinggal satu yang kurang berprestasi.
"Alangkah bagus kalau dulu satu kuota itu boleh ambil import DMF atau kekalkan Felipe Hereda," ujarnya.
Felipe Hereda. — Facebook/TRW Kelantan
Dia turut mencadangkan agar pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah pasukan dengan memperbaiki posisi yang sedang kritikal semasa jendela perpindahan kedua nanti.
"Dengan kekangan kewangan dan masalah yang dialami oleh pasukan, cukuplah sekadar perbaiki apa yang kritikal sahaja ketika ini.
"Depth untuk posisi lain agak stabil dan sudah cukup untuk fight kedudukan pertengahan liga, tapi bergantung pada prestasi pemain juga.
"Cukup sekadar, satu import pertahanan, satu import lokal, satu import DMF dan panggil semula Mior Dani dari Sri Pahang FC.
"Selebihnya, itu adalah urusan Frank Berndhart pula untuk susun atur pemainnya," luahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,