Safawi teruja kembali 'tag team' dengan Tomi, Akhyar label TFC antara kelab terbaik dekat Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 12 Feb 2024

Akhyar (kiri) dan Safawi menjadi pilihan Tomi untuk menambah sengat dalam jentera serangan skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

SELEPAS berbulan-bulan disajikan khabar angin, penyokong Terengganu FC akhirnya boleh meraikan kehadiran dua bintang negara, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dalam pasukan mereka pada Isnin.

Kedua-dua pemain yang sebelum ini sering memanaskan bangku simpanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sememangnya satu penambahan berkualiti buat jentera serangan skuad Sang Penyu.

Meskipun kurang beraksi, kualiti dimiliki mereka tidak boleh dipandang remeh kerana masing-masing sering memberi aksi terbaik jika diberikan peluang.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, kehadiran kedua-dua pemain sayap itu tidak membawa perubahan besar apabila mereka tidak dapat beraksi setiap kali berdepan majikan mereka.

Tetapi, selepas mendengar perkongsian menerusi sesi temu bual pertama masing-masing, kesangsian terbabit segera pudar kerana ramai pihak berasakan pemain berkenaan mahu menaikkan semula karier mereka bersama Terengganu FC.

BACA LAGI: Berstatus ejen bebas, 3 kelab wajar sambar bekas CB kental Sang Penyu sebelum terlambat

427694215_380939151314192_8936870224489029438_n

Akhyar memandang tinggi skuad Sang Penyu dalam saingan domestik ketika ini. Facebook/Terengganu FC

Bagi Akhyar, keputusannya untuk menyertai pasukan Pantai Timur tersebut dibuat berserta perasaan terharu kerana diberi peluang berada dalam salah sebuah kelab terbaik tanah air.

"Saya lihat pasukan ini sudah cukup baik dengan pemain kebanyakannya adalah lokal. Jadi, saya berminat untuk menimba ilmu, mencari minit permainan dan membantu pasukan ini pula.

"Perancangan saya untuk musim depan adalah saya mahu minit permainan dan dapat beri kepercayaan baharu buat pengendali, Tomislav Steinbruckner selain berharap dapat bekerjasama dengan Terengganu FC," katanya.

Musim lalu, pemain kelahiran Kedah itu merekodkan 13 penampilan buat JDT dalam Liga Super dengan tiga gol direkodkannya bagi membantu pasukan itu muncul juara.

Selain itu, beberapa sumbangan lain turut direkodkannya, termasuk ketika membantu skuad Harimau Selatan meraih kemenangan ketika berdepan Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) di laman sendiri.

BACA LAGI: Ramai sokong andai 'Pok Li' pilih sertai seteru Pantai Timur skuad Sang Penyu musim depan

428018093_380938941314213_530032224059627110_n

Safawi bakal kembali beraksi di negeri kelahirannya selepas sah menyertai Terengganu FC. Facebook/Terengganu FC

Dalam pada itu, bagi Safawi pula, kepulangannya sememangnya cukup diraikan kerana ia memberi peluang buatnya sekali lagi untuk bersama-sama Tomislav.

Mereka yang pernah bergandingan ketika di T-Team pastinya masih memiliki hubungan cukup baik dalam membuka hati pemain serba boleh itu untuk meninggalkan JDT.

Namun, Safawi sedar bahawa dia masih perlu beraksi sebaik mungkin demi merebut tempat dalam kesebelasan utama yang pasti diharapkannya bersama skuad Sang Penyu.

Penyerang Harimau Malaya tersebut sebelum ini turut dikaitkan dengan Terengganu FC, namun memilih untuk mencuba nasib di Thailand bersama Ratchaburi FC.

Meskipun kurang meraih minit permainan, pengalamannya di luar negara menaikkan lagi reputasinya sebagai antara pemain kebangsaan dengan rekod cukup cemerlang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram