SRI Pahang FC berjaya mencapai misi yang diletakkan pada awal musim lalu apabila pasukan itu berhasrat menamatkan saingan Liga Super di kelompok lima teratas.
Bagaimanapun, bagi ketua jurulatih, Fandi Ahmad, skuad Tok Gajah berkebolehan untuk menduduki tangga lebih baik berdasarkan prestasi mereka di awal saingan.
Keampuhan benteng pertahanan yang menyaksikan gandingan cemerlang antara pemain import dan tempatan menyaksikan mereka mudah membuatkan pihak lawan kempunan dalam setiap perlawanan.
Namun, situasi itu berubah memasuki penghujung musim berikutan isu kecederaan dan kemerosotan prestasi dialami, lebih-lebih lagi ketika lima perlawanan terakhir mereka.
BACA LAGI: Bintang import JDT dalam radar Tok Gajah, cuma baik loan saja bukan beli terus
Pendedahan menarik daripada Astro Arena mengenai pemain sasaran Sri Pahang FC.
Jadi, dalam usaha memastikan perkara sebegitu tidak berulang bagi saingan Liga Super akan datang, skuad Tok Gajah dilaporkan mahu mengukuhkan lagi benteng pertahanan mereka.
Setakat ini, khabar angin kuat bertiup di media sosial mengatakan Sri Pahang FC bersedia mendapatkan bek tengah Johor Darul Ta'zim, Adam Nor Azlin yang sebelum ini dikaitkan dengan Perak FC.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru menyaksikan pasukan berkenaan turut berminat mendapatkan dua lagi pemain pertahanan dari Penang FC iaitu Asnan Ahmad dan Azfar Arif.
Perkara itu didedahkan dalam satu rancangan Astro Arena pada Sabtu yang membicarakan perancangan pasukan Liga Super selepas jendela perpindahan dibuka secara rasmi baru-baru ini.
BACA LAGI: 'Ke sana, ke sini', pinjaman JDT rupanya kena reject kekal dengan Tok Gajah
Azfar merupakan penjaga gawang utama skuad Harimau Kumbang musim lalu. — Instagram/Azfar Arif
Asnan yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan mampu memberikan perlindungan penting buat benteng Sri Pahang FC yang mudah terdedah, lebih-lebih lagi ketika situasi serangan balas.
Selain pernah membuktikan nilainya bersama skuad Harimau Kumbang, pengalaman pemain berusia 30 tahun tersebut beraksi bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC juga mampu memberikan kelebihan buat kelab Pantai Timur itu musim depan.
Bagi Azfar pula, reputasinya sebagai penjaga gol kian meningkat setelah diberikan kepercayaan sebanyak 16 kali dalam saingan Liga Super musim lalu.
Meskipun persembahannya gagal menghalang Penang FC daripada berada dalam kelompok lima pasukan tercorot, persembahannya boleh diberikan pujian dengan refleksnya cukup mengagumkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram