Putus dengan cinggey dikata jadi faktor Portugal sekadar persinggahan sementara Nazmi Faiz


  • Podium
  • Khamis, 08 Feb 2024

Nazmi Faiz semakin kurang mendapat tempat bersama skuad Harimau Selatan. — Facebook/JDT

LAMBAKAN pemain tengah berkualiti Johor Darul Takzim (JDT) membuatkan bakat tempatan seperti Nazmi Faiz Mansor semakin kurang mendapat minit permainan baik dalam saingan domestik mahupun peluang beraksi di peringkat antarabangsa.

Sebelum zaman kejatuhan Nazmi Faiz dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bekas tonggak tengah kebangsaan berkenaan pernah mengejutkan industri bola sepak apabila sempat beraksi di kelab Divisyen 1 Liga Portugal, S.C Beira-Mar pada 11 tahun lepas.

Ketika berumur 18 tahun, anak jati Selangor itu difahamkan beraksi bersama kelab Portugal itu selama lapan bulan sebelum dilaporkan menamatkan kontrak secara mengejut dengan pasukan tersebut.

Perpindahan mengejutkan Nazmi Faiz ketika itu menimbulkan pelbagai spekulasi kurang enak daripada penyokong bola sepak tanah air dan keretakan hubungan bersama bekas teman wanita antara faktor terbesar pemain itu dikatakan kembali ke Liga Malaysia (Liga M).

Bekas teman wanitanya, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli bagaimanapun tampil menafikan kepulangan Nazmi Faiz dari Portugal berpunca daripada keretakan hubungan pasangan berkenaan ketika itu.

BACA LAGI: Kecewa tak dipanggil HM? Selangor antara 3 kelab boleh bantu Nazmi Faiz dapat 'First 11'

nazmi faiz

Nazmi Faiz ketika menyarung jersi SC Beira-Mar. — Facebook/FootballTimezone

BACA LAGI: [VIDEO] Nazmi Faiz paling disiplin, Aidil Zafuan kongsi karakter lain Fernando Forestieri di JDT

Tengku Nurshufilla yang juga bekerja sebagai model menjelaskan bahawa pemain itu memberitahu dia mahu kembali kerana tidak berpuas hati dengan gaji yang dibayar kelab bola sepak SC Beira-Mar.

“Perpindahan kembali Nazmi Faiz ke tanah air tidak berkaitan dengan hubungan kami.

"Dia memberitahu saya dua atau tiga bulan lalu (semasa kami masih menjalinkan hubungan) bahawa dia mahu kembali ke Malaysia kerana gajinya rendah," katanya memetik laporan media tempatan pada 2013.

Menurut Tengku Nurshufilla, hubungannya dengan Nazmi Faiz telah berakhir pada ketika itu dan kedua-dua mereka juga tidak berhubung sejak kepulangan pemain berkenaan ke Malaysia selepas hanya sekejap menimba pengalaman di Eropah.

Putaran pantas ke 2024, Nazmi kekal membisu tanpa menjelaskan keadaannya di bumi Portugal, selain mengambil keputusan untuk kembali bermain dalam liga domestik dengan menandatangani kontrak bersama PKNS FC, Selangor dan JDT, selain disebut-sebut berkelana ke Sri Pahang musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram