Bintang import JDT dalam radar Tok Gajah, cuma baik loan saja bukan beli terus


  • Podium
  • Selasa, 06 Feb 2024

Arribas kini jadi sasaran Sri Pahang untuk kuatkan pasukan pada musim baharu Liga Super.

KELAB Liga Super, Sri Pahang FC ingin meneruskan usaha mereka mendapat pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim baharu.

Sebelum ini, Sri Pahang mendapatkan beberapa pemain tempatan daripada JDT seperti Azrif Nasrulhaq dan Izham Tarmizi untuk menguatkan cabaran mereka.

Kini, mereka bercadang untuk maju selangkah lagi dalam urus niaga bersama Harimau Selatan dengan Tok Gajah mahu mendapatkan pemain import pula.

Sri Pahang dilaporkan mahu mendapatkan pemain import kacukan Sepanyol-Filipina iaitu Oscar Arribas bagi menguatkan bahagian serangan mereka untuk musim 2024/2025.

Arribas yang merupakan pemain sayap kiri, melakukan 18 penampilan Liga Super pada musim 2023 sambil menghasilkan tiga gol serta lima bantuan jaringan.

BACA LAGI: Kelibat Rizal Ghazali, Daniel Ting di sesi latihan tutup peluang Selangor dan Kedah sambar duo bek Sabah

FoMA0EZaIAE-wd3

Arribas merupakan pemain antarabangsa Filipina. — Agensi

BACA LAGI: Selesai 'upgrade' bahagian serangan, Selangor perlu tumpu masalah bek kiri

Selain itu, dia beraksi dalam tiga perlawanan Piala Malaysia dan satu Piala FA sambil menyumbat satu gol. Arribas juga beraksi sebanyak tiga kali dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Perkhabaran Sri Pahang untuk mendapatkan Arribas masih lagi menjadi misteri sama ada kelab itu mahu memperolehnya secara pinjaman atau perpindahan penuh.

Namun begitu, berkemungkinan besar Sri Pahang akan mendapatkan Arribas secara pinjaman kerana faktor kewangan kelab itu yang tidak begitu mengizinkan mereka berbelanja besar.

Jika Sri Pahang mendapatkan Arribas secara pinjaman, ia dijangka boleh membuatkan kantung kelab sedikit 'bernafas' kerana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menebus kontrak pemain tersebut.

Selain itu, Sri Pahang boleh bekerjasama dengan JDT dalam urusan pembayaran gaji dengan mereka boleh membahagi sama rata jumlah gaji yang perlu dibayar kepada Arribas.

Arribas baru berusia 25 tahun dan masih mempunyai masa untuk memenuhi potensinya. Jika di Sri Pahang dia dapat beraksi kerap dan menyerlahkan bakatnya, maka lebih baik dia ke sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram