Terlepas bintang kelam JDT, Perak 'hijack' Kedah ikat kapten muda Krygyzstan


  • Podium
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Kanybekov diberi kepercayaan untuk menjadi kapten skuad B-23 Kyrgyzstan. — Instagram/Adilet Kanybekov

TERLEPAS bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Adam Nor Azlin tidak mematahkan semangat Perak FC daripada terus memburu bakat lain baik di dalam negara mahupun dalam pasaran antarabangsa.

Adam yang pada awalnya dikatakan akan berhijrah ke Ipoh mengambil keputusan berbeza selepas bek tengah berkenaan difahamkan melebarkan karier di Sri Pahang bagi membantu memperkuatkan bahagian pertahanan skuad Tok Gajah pada musim baharu ini.

Enggan terus meratapi kegagaalm berkenaan, The Bos Gaurus (TBG) dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad Bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Khabar angin berkenaan bermula apabila pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi berkongsi bahawa pemain tengah berusia 22 tahun itu berkemungkinan besar akan beraksi di Malaysia bagi musim 2024/2005 pada Januari lalu dengan beberapa kelab dikaitkan ingin mendapatkan khidmatnya.

Johor Darul Takzim (JDT), Terengganu FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dikaitkan dengan Kanybekov nampaknya sudah boleh mengangkat bendera putih selepas skuad Seladang difahamkan berhasil mencapai persetujuan bersamanya.

BACA LAGI: Tak jadi kemas beg ke Perak, Adam Nor Azlin bakal pilih Sri Pahang jadi destinasi

WhatsApp Image 2024-02-09 at 22.32.51

Tangkap layar foto KLCC yang dimuat naik oleh Kanybekov.

BACA LAGI: Ramai kecewa Perak lepaskan penyerang Korea tapi kekalkan Luka Milunovic

Malah, pemain yang memiliki ketinggian 1.80 meter itu juga difahamkan sudah tiba di tanah air selepas Kanybekov berkongsi fotonya berada di mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Khamis.

Kanybekov menimba ilmu bola sepak di Akademi Besiktas serta mewakili kelab tersebut sehingga pada tahun 2020 sebelum berkelana ke Czechoslovakia untuk beraksi bersama Dukla Prague B selama satu musim.

Selepas bersama Dukla Prague B, pemain tengah bertahan berkenaan menyertai Neftchi Kochkor-Ata dalam saingan teratas Kyrgyzstan dan menyumbang empat gol serta 11 hantaran bantuan dalam 61 penampilannya.

Pemain yang juga mampu beraksi di posisi bek tengah itu dilihat menawarkan pengalaman beraksi di pentas antarabangsa untuk membantu Perak di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sekiranya Kanybekov menyertai Perak, dia merupakan pemain import baharu diumumkan TBG selepas mereka membawa masuk empat tonggak tempatan iaitu Azfar Fikri, Tommy Mawat, Ramadhan Abd Hamid dan bekas pertahanan Kelantan United, Ariff Ar Rasyid Ariffin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram