'Ke sana, ke sini', pinjaman JDT rupanya kena reject kekal dengan Tok Gajah


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Barisan pemain-pemain Sri Pahang pada musim lalu.

SRI PAHANG FC sudah mula melakukan untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan apabila berjaya mengekalkan dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Azrif Nasrulhaq dan Muhammad Syazwan Andik selama dua tahun.

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Pahang sering mendapat bantuan daripada JDT dengan meminjamkan beberapa pemain mereka untuk memperkuatkan Tok Gajah.

Selain daripada Azrif dan Syazwan, musim lalu Pahang juga diperkuatkan dengan Mohammad Fadhli Shas serta bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi.

Sebelum ini, bekas pemain JDT, Muhammad Fazly Mazlan turut pernah dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim 2021 selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Jika mahu jimat duit, Sabah wajar buru 3 rakan Saddil Ramdani di Piala Asia

Kemasukan beberapa pemain JDT memberikan harapan buat penyokong Tok Gajah untuk kekal berdiri di belakang pasukan bagi bersaing dalam Liga Super musim depan.

Namun begitu, ada juga penyokong tidak bersetuju jika pihak pengurusan mengekalkan khidmat Izham kerana prestasi yang tidak menentu dipamerkan olehnya pada musim lalu.

BACA LAGI: Dipetik sama macam Arif Aiman dan Faisal Halim, Saddil Ramdani tetap kena reject sarung jersi Indonesia

Menerusi posting yang dimuat naik oleh kumpulan penyokong Pahang, Cerita2 Bola & Pahang dalam Facebook tidak bersetuju pihak pengurusan mengekalkan Izham.

Rata-rata penyokong berpendapat skuad kendalian Fandi Ahmad mempunyai ramai bakat-bakat baharu di posisi penjaga gol yang boleh diketengahkan.

"Tapi terus terang saya katakan, penjaga gol boleh cari lain, kita di Pahang B-21 atau B-19 banyak lagu yang terbaik boleh diketengahkan," kata Abglong Mat.

"Yang pakai baju hijau (Izham) tak perlu kekalkan," luah Wan Khairul Riezman.

"Kalau yang depan penjaga gol itu lagi, tak sampai Bukit Jalil kita musim depan," jelas Mohd Jang.

"Barisan jurulatih dah boleh bawa naik penjaga gol muda, boleh jadi aset pasukan di masa akan datang," ujar Md Bakri.

Musim lalu, Izham tampil dalam 19 perlawanan bersama Sri Pahang dan berjaya mengekalkan enam 'clean sheets' sepanjang menjadi benteng terakhir Tok Gajah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram