Lepas beri bantuan kewangan, kelab Brazil tawar diri lawan JDT


  • Podium
  • Ahad, 11 Feb 2024

JDT pernah menerima tawaran untuk mengadakan aksi persahabatan menentang juara Copa Sudamericana 2016 itu. — Agensi

TRAGEDI rempuhan pesawat yang dialami kelab Brazil, Chapecoense ketika dalam perjalanan ke aksi final Copa Sudamericana 2016 memberi impak cukup besar buat peminat bola sepak seluruh dunia.

Insiden yang berlaku di Colombia itu menyaksikan seramai 19 daripada 22 pemain pasukan berkenaan meninggal dunia berserta beberapa penumpang lain.

Jadi, dalam membantu membangunkan semula kelab terbabit, beberapa pihak tampil memberi sumbangan berbentuk wang ringgit yang boleh digunakan pihak pengurusan mereka.

Antara yang hadir membantu Chapecoense ketika itu ialah jaguh bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) menghulurkan bantuan buat kelab Brazil terbabit.

BACA LAGI: Seorang lagi tak menjadi di JDT, bintang import Jepun ‘tercampak’ ke kelab bawahan China

_92731925_afp_black_green

Nahas kapal terbang itu meragut nyawa hampir kesemua pemain Chapecoense pada 2016. Agensi

Pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu kenyataan menyatakan sumbangan itu diberikan bagi mengurangkan beban dialami pemain serta kakitangan pasukan berkenaan.

Sebagai tanda penghargaan terhadap bantuan berkenaan, juara Copa Sudamericana 2016 tersebut kemudiannya tampil menawarkan diri untuk mengadakan aksi persahabatan menentang JDT di Stadium Larkin, Johor.

Pengumuman berkenaan sememangnya mencuri perhatian ramai memandangkan ia merupakan kali pertama sebuah kelab dari negara itu hadir mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan Liga Super.

Malah, berita itu turut diterima baik hampir keseluruhan penyokong skuad Harimau Selatan memandangkan JDT bukanlah sebuah kelab terbaik di rantau Asia ketika itu.

BACA LAGI: 'Sit down son', TMJ kongsi bukti JDT pilihan pertama Nooa Laine

15178253_730596597103642_3237429803465595044_n

JDT membangunkan hubungan cukup baik dengan Chapecoense selepas sumbangan itu dibuat. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Bagaimanapun, perlawanan dinanti-nantikan tersebut tidak berlangsung seperti mana diumumkan dengan sebab dan faktor atas hal terbabit tidak dinyatakan secara rasmi.

Meskipun usaha mewujudkan hubungan antara kedua-dua kelab itu terhenti di situ, ia tidak menutup mata orang ramai mengenai jasa dan sumbangan besar JDT di mata dunia.

Bantuan kewangan yang diberikan buat Chapecoense sedikit sebanyak membantu pasukan tersebut kembali bernafas dengan mereka kini beraksi di divisyen bawahan Brazil.

Bagi JDT pula, usaha murni mereka tidak terhenti di situ apabila kini, skuad Harimau Selatan menjadi antara yang aktif melakukan sumbangan setiap kali tragedi menimpa sesebuah negara atau pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram