'Sit down son', TMJ kongsi bukti JDT pilihan pertama Nooa Laine


  • Podium
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Nooa yang tiba di Selangor pada Jumaat itu akan menyarung jersi nombor enam di Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC

WALAUPUN pemain warisan negara, Nooa Laine sudah diumumkan secara rasmi sebagai Bintang baharu Selangor FC musim ini tapi ia masih tidak lari daripada bayangan Johor Darul Takzim (JDT).

Perkembangan terbaru tentang penghijrahan pemain campuran Finland-Malaysia itu, Kiko Insa Bohigues iaitu pemilik kepada syarikat agensi pemain bola sepak yang dikenali sebagai InsaProject Global Group berkongsi bukti Nooa pada awalnya menawarkan diri untuk beraksi bersama Harimau Selatan.

Menerusi laman Insta Story miliknya, Kiko Insa yang juga bertugas sebagai sebagai Koordinator Pencarian Bakat di JDT itu memaparkan tangkap layar perbualannya bersama ejen Nooa.

Perbualan kedua-dua individu berkenaan membuktikan terdapat situasi perang bidaan dalam proses merealisasikan pemain tengah itu untuk menyertai kem Harimau Selatan pada musim ini.

“Hi Kiko, saya difahamkan bahawa Nooa cuba untuk menghubungi kamu. Sekiranya kami tidak mendengar apa-apa dalam masa empat jam, kami menganggap tidak ada minat daripada pihak kalian (JDT) untuk memuktamadkannya.

“Kami akan pergi menandatangani bersama Selangor,” kongsi tangkap layar perbualan berkenaan yang mana turut dimuat naik semula oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim pada laman Insta Story pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Selangor sudah lama cari saya', Nooa Laine buat keputusan pilih Gergasi Merah

WhatsApp Image 2024-02-09 at 21.07.52-2

Tangkap layar hantaran dari TMJ.

BACA LAGI: Hanya satu sebab boleh halang Nooa Laine sarung jersi Selangor tak lama lagi

Tunku Ismail menegaskan pada hantaran berkenaan bahawa kelabnya, JDT sentiasa menjadi pilihan pertama pemain yang ingin berkelana di bumi Malaysia termasuk bintang baharu Gergasi Merah itu.

Tangkap layar berkenaan sudah cukup membuktikan bahawa ia selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards pada Rabu.

Alistair sebelum ini menjelaskan bahawa terdapat percubaan untuk mengheret JDT ke dalam perangkap perang bidaan pemain namun mereka menolak tawaran berkenaan disebabkan harga yang disebutkan adalah tidak munasabah.

Menurutnya, pemain sedia ada sudah cukup menawarkan skuad depth yang baik untuk membantu juara bertahan Liga Super itu dalam mengharungi musim baharu ini.

"Kami percaya skuad Harimau Selatan 2024/25 sudah mempunyai 'squad depth' yang baik berdasarkan beberapa pemain yang sudah diumumkan setakat ini.

“Beberapa (pemain) lagi akan menyusul yang mana ia bukan sahaja memperkuatkan skuad tetapi juga menepati 40 peratus pengurangan perbelanjaan berbanding musim sebelumnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram