PADA Khamis, arena bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian legenda jurulatih Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah di usia 71 tahun.
Terdahulu, legenda 'double treble' Kedah itu dikejarkan ke hospital kerana diserang strok.
Azraai pada mulanya dikatakan masih kritikal sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung berfungsi.
Untuk rekod, pengendali disegani para penyokong itu bukan hanya berjuang di bumi Kedah apabila Allahyarham juga pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan.
Ibarat peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, pepatah Melayu tersebut tepat ditujukan kepada Allahyarham berikutan menjadi contoh kepada bekas anak-anak buahnya untuk menceburi bidang kejurulatihan.
Legasi yang tak pernah terpadam, Majoriti menyenaraikan tiga bekas pemain bola sepak di bawah kendalian Allahyarham turut memilih untuk menceburi bidang kejurulatihan:
BACA LAGI: Seorang lagi tak menjadi di JDT, bintang import Jepun ‘tercampak’ ke kelab bawahan China
Nelson antara individu yang turut membantu KDA FC melakar sejarah di bawah kendalian Allahyarham. — Agensi
1) Nelson San Martin
Legenda zaman 'double treble' Kedah, Nelson San Martin antara anak didik yang dianggap berjaya di bawah kendalian Allahyarham.
Bagi legenda Sang Kenari itu, Allahyarham sudah dianggapnya sebagai bapa yang banyak memberikan motivasi serta nasihat berguna dalam membina kerjaya semasa dan selepas bersara dari kancah
Nelson menganggap Azraai sebagai pembimbing utama sehingga bekas pemain Hijau Kuning itu memperoleh lesen kejurulatihan A dan pernah berpeluang membimbing skuad Langkawi City pada musim 2020.
Nafuzi Zain antara watak penting ketika zaman kegemilangan KDA FC. — Agensi
2) Nafuzi Zain
Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika ini, Nafuzi Zain mengakui banyak ilmu berharga diserapkan melalui nasihat dan dorongan Allahyarham sejak beraksi bersama skuad Hijau Kuning hingga turut bergelar pengendali pasukan.
Pemergian Azraai dilihat sebagai satu kehilangan besar bagi bola sepak negara khususnya dalam bidang kejurulatihan.
Nafuzi merupakan salah seorang anak didik Azraai ketika KDA FC bergelar juara 'double treble' yang juga dianggap berjaya selepas membawa Terengganu FC muncul naib juara Liga Super musim 2022.
Hai-O (tengah) ketika menyarung jersi skuad Jang. — Agensi
BACA LAGI: Bagai jelmaan S. Kunanlan, ubi muda skuad Jang jadi taruhan NSFC musim depan
3) Hairuddin Omar
Nama bekas penyerang legenda skuad kebangsaan, Hairuddin Omar juga pernah berpeluang memperoleh ilmu daripada pengendali berkenaan.
Hubungan Hairuddin atau lebih mesra dengan sapaan Hai-O dengan Allahyarham terbentuk ketika bekas pengendali Harimau Muda berkelana mengendalikan Negeri Sembilan pada musim 2011 hingga 2012.
Hasil lontaran idea taktikal Azraai berhasil mengemudi Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan Hai-O bijak menterjemah pelan Allahyarham untuk mencetak jaringan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu.
Kini, Hairuddin merupakan salah seorang pengendali yang diminati corak permainannya sehingga berhasil membantu TFC II memenangi trofi Piala MFL musim lepas selepas menewaskan JDT II di pentas final. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram