KEHADIRAN Takahiro Kunimoto yang pada mulanya mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat Harimau Selatan, kini semakin dilupakan selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama kelab itu.
Sekadar mencatatkan enam penampilan bersama Johor Darul Takzim (JDT) pada musim 2023, ia nyata satu situasi yang agak merugikan dengan reputasinya selaku import kelahiran Jepun iaitu sewajarnya memberikan kepulangan yang baik buat kelab.
Pada Sabtu, bekas pemain tengah Harimau Selatan itu dilaporkan sudah melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua China.
BACA LAGI: Hanya sebab cedera semasa latihan, Terengganu pernah tamatkan kontrak bintang import lebih awal
Kuni hanya mencatat enam penampilan bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia. — Instrgram/kunimoto_official
BACA LAGI: Bagai jelmaan S. Kunanlan, ubi muda skuad Jang jadi taruhan NSFC musim depan
Perkara tersebut dikongsikan di laman sosial Instagram, malaysiafootballleague yang mengatakan bahawa pemain kelahiran Jepun itu sah menyertai kelab Lioning Iron Man.
"Selepas ucap selamat tinggal kepada JDT, Kunimoto sah menyertai kelab divisyen dua China.
"Sepanjang bersama JDT, Kunimoto mencatat dua gol dan dua hantaran bantuan selepas dua perlawanan Piala Malaysia 2023 selain tampil empat aksi Liga Super 2023," tulisnya.
Pemain tengah yang berketinggian 1.72 meter itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim lalu namun gagal mencipta impak seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun, sepanjang beraksi bersama JDT, Kunimoto atau mesra dengan panggilan Kuni itu meninggalkan kenangan manis apabila menjadi pemain yang menjaringkan gol ke-100 buat Harimau Selatan ketika berdepan Kelantan FC dalam aksi Piala Malaysia 2023.
Difahamkan, Kuni yang menyertai kelab tersebut menerusi perpindahan percuma dari JDT.
Untuk rekod, sebelum berhijrah ke bumi Malaysia, Kuni pernah bermain untuk kelab Portugal, Casa Pia dalam divisyen pertama tetapi terkenal ketika beraksi di Korea Selatan seperti Gyeognam dan Jeonbuk Hyundai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram