KEMENANGAN Qatar dalam kempen saingan Piala Asia 2023 bukan hanya menambah trofi dalam kabinet pasukan, malah membuka seribu pintu rezeki buat para pemainnya melebarkan sayap ke pasaran Eropah mahupun kelab lebih terkenal dari yang sedia ada.
Antara yang paling menyerlah sepanjang kempen Piala Asia di Doha Qatar ialah Akram Afif apabila hatrik sepakan penaltinya membantu Qatar berhasil mengatasi Jordan dengan keputusan 3-1 pada perlawanan final di Stadium Lusail, Doha pada Sabtu.
Khidmat penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol itu pastinya sedang menjadi buruan kelab Eropah dan jangan pelik jika ada penyokong pasukan kerdil dari Liga Malaysia juga memasang hasrat untuk melihat Afif mahupun pemain Qatar beraksi bersama mereka.
Misalnya, penyokong Perak FC yang berkongsi impiannya besarnya untuk melihat penyerang Qatar meyarung jersi The Bos Gaurus (TBG) dan mencabar pihak pengurusan membawa masuk seorang pemain pemenang Piala Asia 2023 berkenaan.
BACA LAGI: Terlepas bintang kelam JDT, Perak 'hijack' Kedah ikat kapten muda Krygyzstan
Bobie Farid ketika mengumumkan Ramadhan (kanan) sebagai penjaga gol baharu Perak FC. — Facebook/Perak FC
“Qatar pasukan bagus dan mantap. Claim satu penyerang dan satu penjaga gol. Arie Sham (Bobie Farid Shamsudin) kalau Perak tak ambil, bermakna pihak pengurusan merancang benda tak betul. That's why aku nak pasukan aku bagus!! Betul tak Datuk (Pengerusi kelab Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi)?
“Aku cabar pihak pengurusan. Dah bagi banyak nasihat tak mau terima pandangan. Kali ni aku terpaksa tegas. Saya minta maaf, Datuk. Bab bola sepak Perak, saya yang ambil berat.
“Harapan saya, saya mahu semua pihak bekerjasama kerja berpasukan. Ambil pemain yang berkaliber, berkualiti dan berwibawa,” kata penyokong TBG yang menggunakan akaun Facebook, Meor Nasrul Ikram.
Menjawab luahan daripada pemain ke-12 skuad Seladang berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim pasukan, Bobie Farid Shamsudin bagaimanapun tampil memberikan jawapan selamat dengan cadangan berkenaan.
BACA LAGI: Ramadhan sahaja tak cukup, skuad TBG mahu sambar 'keeper' dari JDT, skuad Jang
Kanybekov merupakan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan. — Instagram/Adilet Kanybekov
Situasi kewangan Perak yang baru sahaja stabil sepenuhnya pada penghujung musum 2022 pastinya membuatkan Perak enggan terjerat dengan permainan membawa seorang pemain mahal namun akhirnya memberi kesan tunggakan gaji kepada seluruh pasukan.
“Errr aku nak jawab apa ni? Kalian tolong jawabkan boleh. Bahaya kalau aku jawab sebab aku kat Melaka ini,” katanya ringkas di laman Facebook TBG Super Fan.
Skuad Seladang kini mempunyai perancangan sendiri untuk tampil garang pada musim depan dengan sudah membawa masuk empat tonggak tempatan iaitu Azfar Fikri, Tommy Mawat, Ramadhan Abd Hamid dan bekas pertahanan Kelantan United, Ariff Ar Rasyid Ariffin.
Dalam masa sama, pihak pengurusan juga difahamkan dalam proses terakhir untuk menandatangani kapten skuad Bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov bagi membantu bahagian tengah TBG. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram