[VIDEO] Bapa, anak dihalau stadium lepas panggil pemain gelaran 'budak'


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Tangkap layar ketika peminat berkenaan (bertopi) diusir keluar oleh kakitangan perlawanan.

ISU rasis salah satu masalah yang sukar dihakis dalam kalangan masyarakat dan suasana dalam acara sukan sering menjadi adegan perkara kurang menyenangkan berkenaan berlaku.

Para atlet antara mangsa yang sering terpalit dengan masalah berkenaan dan mereka sering perolehi menerusi ejekan dari kakitangan, orang sekeliling mahupun peminat sendiri.

Seperti yang berlalu pada aksi bola keranjang antara Miami Heat dan Los Angeles Clippers di Kaseya Center, Miami, Florida, Amerika Syarikat pada Isnin lalu menyaksikan seorang peminat serta anaknya dihalau dari perlawanan berkenaan gara-gara bersikap rasis.

Penonton lelaki yang juga merupakan peminat pasukan Miami Heat itu dilihat melakukan provokasi menerusi percakapan terhadap pemain skuad Heat, Russell Westbrook.

Selain menganggu pemain itu dan peminat sekeliling, lelaki berkenaan memanggil Westbrook ‘budak’ yang mana akhirnya membawa padah kepadanya kerana dia akhirnya terpaksa diusir keluar daripada perlawanan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi mangsa rasis, penyokong cilik terima layanan istimewa Real Madrid

BACA LAGI: Bukan hanya Vinicius Jr di La Liga, tonggak JDT antara 3 pemain import pernah terpalit isu perkauman di Liga M

“Saya sedang menonton perlawanan! Saya sedang menonton permainan! Hei budak, saya membayar untuk kerusi ini,” katanya sebelum dibawa keluar bersama anak lelakinya.

Tidak jelas bagaimana semuanya bermula namun rata-rata penyokong bersorak selepas dia dihalau keluar kerana mulutnya yang bising mengganggu suasana perlawanan.

Untuk pengetahuan, memetik laporan dari Sideline Source mengatakan bahawa memanggil lelaki kulit hitam sebagai ‘budak lelaki’ mempunyai unsur perkauman.

Difahamkan jika seseorang memanggil lelaki kulit hitam sebagai ‘budak lelaki’ ia adalah salah satu cara untuk menyatakan ideologi perkauman pada masa lalu.

Dari segi sejarah, semasa dan selepas sistem perhambaan di Amerika Syarikat, orang kulit putih secara rutin memanggil lelaki kulit hitam sebagai ‘budak lelaki’ untuk menunjukkan menunjukkan perbezaan kasta.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan keputusan memihak kepada Los Angeles Clippers dengan menewaskan Miami Heat 103-95. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram