[VIDEO] Panas hati Ronaldo, gagal menang piala siap dibaling mafla penyokong lawan


  • Podium
  • Jumaat, 09 Feb 2024

Ronaldo dan Al-Nassr dikalahkan oleh Al-Halil dalam perlawanan Riyadh Saudi Cup. — Agensi

SAINGAN di Arab Saudi terus mempamerkan kualiti boleh bola sepak yang berkualiti tinggi hasil daripada penyertaan bintang-bintang handalan dunia.

Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo terus menjadi tumpuan para penyokong kelab tersebut termasuklah peminat pasukan lawan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang seteru Saudi Pro League, Al-Hilal, Ronaldo sekali lagi menjadi watak utama walaupun pasukannya kalah.

Ketika aksi yang diberi nama Riyadh Season Cup, Al-Nassr terpaksa tunduk kepada Al-Hilal apabila mereka tewas 0-2 menerusi jaringan Serge Milinkovic-Savic dan Salem Al-Dawsari.

Jaringan Milinkovic-Savic terhasil daripada gerakan sebelah kanan dan hantaran lintang rendah berjaya menemui pemain tersebut yang tiba lewat di kotak penalti Al-Nassr.

Sementara itu, gerakan daripada bahagian tengah berjaya menemui Al-Dawsari yang kemudiannya melakukan sungkitan dari jarak 25 meter untuk menewaskan Raghed Al-Najjar.

Kekalahan itu membuatkan Ronaldo dan Al-Nassr terlepas untuk mendapatkan piala tersebut walaupun ia bukanlah gelaran utama dalam bola sepak Arab Saudi.

Namun begitu, bagi pemain yang mempunyai tahap kompetitif tinggi sepertinya, semestinya kekalahan tersebut sukar untuk diterima Ronaldo.

Sudahlah kalah kepada salah sebuah kelab utama di Arab Saudi, Ronaldo kemudiannya diejek dengan begitu hebat oleh penyokong Al-Hilal selepas perlawanan seperti dalam video tular di media sosial.

BACA LAGI: Sabah FC jelas sebab mengapa Rozaimi Abdul Rahman tak main skuad Liga Super

cristiano-ronaldo-al-hilal-scarf

Ronaldo mengambil mafla yang dicampak oleh penyokong Al-Hilal selepas tamat perlawanan. — Agensi

BACA LAGI: 'Selangor sudah lama cari saya', Nooa Laine buat keputusan pilih Gergasi Merah

Menuju ke bilik persalinan, Ronaldo dibaling dengan kain mafla Al-Hilal yang berwarna biru putih. Melihat kepada objek itu, Ronaldo kemudiannya melakukan tindakan yang luar jangka.

Ronaldo kemudiannya memasukkan mafla tersebut ke dalam seluarnya untuk beberapa saat sebelum ia dikeluarkan semula lalu dicampak bekas pemain Real Madrid itu.

Tindakan tersebut dilihat tidak sopan buat seorang pemain profesional. Bahkan ia bukan satu perbuatan yang sopan untuk dibuat mana-mana manusia pun.

Selepas aksi bertemu Al-Hilal, Al-Nassr akan berdepan Al-Feiha dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram