Tuah tahun naga jadi harapan perseorangan negara untuk layak ke Sukan Olimpik


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Ng Tze Yong mahu bersama Lee Zii Jia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. — THE STAR/Glenn Guan

PEMAIN badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong berharap supaya tahun naga akan memberikan tuah kepadanya terutama sekali dalam urusan kariernya.

Dia yang masih memburu slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis mengharapkan perjalanan karier yang lebih baik selepas ini. Hal ini kerana, kecederaan yang dialaminya ketika kejohanan Terbuka Malaysia menganggu momentumnya.

Kini semakin pulih, Tze Yong mempunyai peluang untuk mewakili negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BTAC) yang akan diadakan dekat Setia Alam, Selangor pada 13 hingga 18 Februari.

"Satu-satunya harapan saya adalah tahun naga ini adalah untuk mengelak daripada cedera lagi. Permulaan tahun ini tidak berjalan seperti saya harapkan tetapi saya kini semakin pulih dan berharap dapat bermula dengan baik di BTAC.

"Walaupun saya terlepas beberapa kejohanan kerana kecederaan, masih lagi ada beberapa kejohanan untuk disertai dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Saya masih percaya saya masih ada peluang untuk layak," kata Tze Yong.

BACA LAGI: Seorang lagi tak menjadi di JDT, bintang import Jepun ‘tercampak’ ke kelab bawahan China

Malaysia's NG Tze Yong in action against Indonesia's Ikhsan Leonardo RUMBAY during their Asia Team Championships final singles match in Shah Alam, February 20, 2022. — GLENN GUAN/The Star

Tze Yong mengalami kecederaan ketika beraksi di Terbuka Malaysia. — THE STAR/Glenn Guan

BACA LAGI: Hanya sebab cedera semasa latihan, Terengganu pernah tamatkan kontrak bintang import lebih awal

Sebelum ini, Tze Yong mengalami kecederaan di Terbuka Malaysia yang membuatkan pemain tersebut akur menamatkan saingan di pusingan pertama.

Dia yang kini sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya di Johor berasa cukup bersemangat. Walaupun tempoh bersama keluarganya singkat, tetapi ia sudah cukup buatkan pemain berusia 24 tahun itu mengecas 'bateri'nya.

Tze Yong yang kini berada di ranking ke-15 dunia perlu kekal dalam kedudukan 16 pemain terbaik supaya dapat layak ke Sukan Olimpik 2024.

Selepas BTAC, pemain itu perlu memastikan rentak cemerlang diperolehnya dalam siri jelajah Eropah apabila dia akan menyertai Terbuka Jerman pada 27 Februari hingga 3 Mac.

Ia disusuli dengan Terbuka Perancis pada 5 hingga 10 Mac sebelum kejohanan All England akan diadakan seminggu kemudian.

Jika Tze Yong gagal beraksi baik dalam tiga kejohanan ini, berkemungkinan dia akan terkeluar daripada kedudukan 16 pemain terbaik dunia sekali gus tidak berjaya mara ke Sukan Olimpik 2024.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia hampir pasti layak apabila dia berada di tempat ke-10 dunia. — The Star/K.M.BOOPATHY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram