USAHA Terengganu FC dalam memastikan benteng pertahanan mereka tidak mudah bocor bagi musim baharu Liga Super menyaksikan kelab itu akan membawa masuk pemain dari Belanda.
Sebelum ini, skuad kendalian Tomislav Steinbrucker itu dikaitkan dengan perpindahan seorang pemain yang berasal dari Belanda iaitu Matthew Steenvoorden.
Steenvoorden yang juga mempunyai campuran darah Indonesia sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu, namun begitu, tiada sebarang perkembangan melibatkan kelab dengan pemain tersebut.
Akan tetapi, satu klu besar telah pun muncul apabila pemain berusia 31 tersebut dikatakan semakin hampir untuk menyarung jersi Terengganu apabila Steenvoorden dikhabarkan sudah berada di Malaysia.
Di media sosial, telah tersebar sebuah tangkap layar yang menyaksikan susuk tubuh seorang pemain yang menyerupai Steenvoorden sedang berjalan-jalan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
BACA LAGI: Marlon Alex James antara 3 pencetak gol berbisa di bawah telunjuk Allahyarham Azraai Khor
Steenvoorden dilaporkan berada telah berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. — Agensi
BACA LAGI: Disebut-sebut ke TFC, 'tanker' baka Belanda bakal perkuat skuad Peteh
Perkara tersebut menguatkan lagi yang Steenvoorden semakin hampir untuk sertai Terengganu daripada kelab semasanya di Uzbekistan iaitu Pakhtakor Tashkent.
Kontrak Steenvoorden dijangka akan berakhir pada 31 Disember 2024 dengan Terengganu dilihat berusaha untuk menebusnya supaya pemain itu boleh menyertai mereka sebelum musim baharu Liga Super bermula.
Kehadiran Steenvoorden akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pertahan Uzbekistan iaitu Sardor Kulmatov yang kini menyertai kelab di negaranya iaitu Sogdiana Jizzakh.
Dengan pengalaman beraksi di Eropah, Steenvorden pastinya akan memberikan dimensi baharu kepada pertahanan Terengganu sekali gus dilihat sebagai 'upgrade' kepada Kulmatov yang dilihat tidak begitu menjadi bersama-sama skuad Penyu.
Sebagai rekod, Steenvoorden hanya melakukan 10 penampilan bersama-sama Pakhtakor tetapi dia berjaya membawa pulang satu piala iaitu Liga Uzbekistan.
Selain itu, Steenvoorden juga turut mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC apabila melakukan dua penampilan ketika turun berdepan Al-Ain SC dan Al-Fayha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram