Kehadiran bintang Piala Asia bersama JDT, Selangor lonjak saham Liga M di mata dunia


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Eshmurodov antara bintang Piala Asia yang akan menyertai musim baharu Liga Super. — Agensi

PERSAINGAN merebut kejuaraan Piala Asia 2023 semakin menemui penamatnyan apabila Jordan dan Qatar akan membuat perhitungan dalam perlawanan akhir yang akan diadakan pada Sabtu.

Ia akan menutup kepada sebuah kejohanan peringkat benua yang cukup gemilang apabila pelbagai cerita terhasil termasuklah daripada Harimau Malaya.

Dalam kejohanan itu juga turut menyaksikan ramai bintang Liga Super dari pelbagai negara beraksi sambil menunjukkan persembahan hebat.

Apa yang menariknya, terdapat muka baharu yang akan tiba di Malaysia selepas mereka membantu negara masing-masing di Qatar. Kehadiran pemain-pemain berprofil tinggi tersebut secara tidak langsung akan menaikkan 'nilai saham' Liga Super di mata dunia.

Oleh itu, Majoriti akan merungkai nama-nama baharu di Liga Super yang sebelum ini menjadi jagoan bersama negara mereka di Piala Asia 2023:

1. Umar Eshmurodov (Uzbekistan)

Pertahanan tengah kental Uzbekistan itu memainkan peranan penting buat negaranya di Piala Asia hingga berjaya mara sehingga suku akhir.

Bermain setiap minit untuk negara di Qatar memberikan petanda yang Eshmurodov merupakan seorang pemain harapan untuk posisi tersebut dan mampu melindungi pintu golnya daripada dibolosi pihak lawan.

Kini menyertai Selangor sebagai pengganti Yazan Al-Arab, Eshmurodov membawa harapan menggunung penyokong Gergasi Merah agar posisi pertahanan akan lebih baik berbanding sebelum ini.

Mempunyai 28 penampilan bersama negaranya, khidmat Eshmurodov pastinya akan terus ditagih oleh pasukan kebangsaannya walaupun selepas menyertai Selangor.

BACA LAGI: Sabah FC jelas sebab mengapa Rozaimi Abdul Rahman tak main skuad Liga Super

2523854

Eshmurodov merupakan pertahanan baharu Selangor. — Agensi

2. Jalil Elias (Syria)

Pemain tengah yang juga merupakan pembelian termahal dalam sejarah Liga Super turut akan menaikkan 'saham' saingan tersebut di mata dunia.

Mewakili Syria buat pertama kali di Piala Asia, Elias juga bermain setiap minit dalam setiap aksi untuk negaranya sebelum kecundang kepada Iran dalam pertarungan pusingan 16 pasukan terbaik.

Hadir ke Malaysia sebagai pemain termahal liga, pastinya mata akan tertumpu kepada Elias dan menanti-nantikan impak yang akan diberikan olehnya di padang bersama-sama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sudah pasti pengurusan JDT meletakkan harapan tinggi kepada pemain berusia 27 tahun itu dengan selain bersama Harimau Selatan, dia dijangka terus dipanggil oleh negaranya pada pusingan kelayakan Piala Dunia kelak.

BACA LAGI: [VIDEO] Panas hati Ronaldo, gagal menang piala siap dibaling mafla penyokong lawan

ronaldo (1)

Elias merupakan pemain termahal Liga Super. — Agensi

3. Noor Al-Rawabdeh (Jordan)

Pemain tengah itu bukanlah seorang bintang baharu di Liga Super tetapi dia layak untuk disebut dalam artikel ini.

'Jurutera' tengah Selangor itu memainkan peranan besar dalam memastikan Jordan berjaya layak buat pertama kali ke perlawanan akhir Piala Asia.

ce6671aa-5c72-4f12-b361-b3082891d2a7

Noor (tengah) berpeluang untuk memenangi Piala Asia bersama Jordan. — Agensi

Beraksi dalam tiga perlawanan bertemu Malaysia, Tajikistan di suku akhir serta Korea Selatan sewaktu separuh akhir, Noor terus menjadi nadi bahagian tengah Jordan walaupun sebelum itu terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan bertemu Korea Selatan, Bahrain dan Iraq.

Jika Noor berjaya membantu Jordan menjadi juara Piala Asia, ia akan memberikan booster kepada nilai Liga Super kerana liga kita mempunyai pemenang kejohanan tersebut beraksi di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram