[VIDEO] Tanpa disangka, 'banter' bilik persalinan Selangor jadi motivasi bintang Jordan mara ke final Piala Asia


  • Podium
  • Rabu, 07 Feb 2024

Jordan melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia buat pertama kali dalam sejarah mereka.

JORDAN mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia 2023 selepas membenam Korea Selatan.

Jaringan daripada Yazan Al-Naimat dan Musa Al-Taamari sudah cukup untuk menghantar pulang skuad kendalian Jurgen Klinsmann sekali gus membantu Jordan mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah.

Selain daripada kecemerlangan dua pemain tersebut, persembahan cemerlang daripada Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab turut memberikan nilai tambah kepada kemaraan Jordan pada kejohanan kali ini.

Persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh dua pemain tersebut berkemungkinan berpunca daripada perang saraf antara mereka dengan bintang Harimau Malaya dalam bilik persalinan Selangor.

Di media sosial, tular semula rakaman di X (Twitter) yang menunjukkan suasana dalam bilik persalinan Gergasi Merah kecoh melibatkan para pemain dari kedua-dua negara.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan banter antara reaksi pemain Selangor yang mewakili Malaysia dan Jordan selepas mereka mengetahui kedua-dua negara diundi dalam kumpulan sama di Piala Asia 2023.

BACA LAGI: [VIDEO] Saya terkejut Terengganu juga mohon dana tukar rumput stadium — Hannah Yeoh

jordan

Noor (tengah) dan Yazan (kanan) meraikan gol Jordan bertemu Korea Selatan. — Agensi

BACA LAGI: GTR Burger ada sebab pilih Selangor, bukan JDT

Pemain-pemain Malaysia melancarkan perang saraf terhadap Noor dan Yazan dengan meninggalkan mesej "Malaysia bunuh Jordan" dan "Malaysia #1" pada almari simpanan kedua-dua bintang Timur Tengah itu.

Tanpa disangka, perang saraf tersebut secara tidak langsung memberikan motivasi kepada Noor, Yazan dan semua pemain Jordan untuk memberikan persembahan cemerlang di Qatar.

Dan itu dapat disaksikan secara jelas apabila kedua-dua pemain tersebut membantu Jordan membelasah Malaysia 4-0 dalam perlawanan pertama kumpulan E.

Motivasi tersebut mungkin akan terus digunakan demi mencari kejuaraan Piala Asia pertama buat Jordan. Tidak kira sama ada mereka akan bertemu Qatar atau Iran di perlawanan akhir, pastinya nikmat kejuaraan itu menjadi sasaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram