MESKIPUN kekurangan perlawanan persahabatan dan hanya bergantung kepada sesi latihan, suasana di kem Sabah FC masih dalam keadaan baik menjelang persediaan perlawanan separuh akhir pertama zon Asean Piala AFC pada 13 Februari.
Tugasan di hadapan The Rhinos bukanlah mudah kerana mereka akan menghadapi kelab Australia Macarthur FC, yang kini menduduki tempat keempat dalam Liga Australia dan mempunyai kecergasan perlawanan berbanding Sabah, yang musim liga domestiknya berakhir pada Disember.
Bagaimanapun, pemain tengah Portugal, Telmo Castanheira percaya pasukannya sudah bersedia untuk tugasan tersebut.
Ia berikutan selepas Sabah FC kini diperkuatkan semula dengan kehadiran tonggak Sang Badak antaranya penyerang berbisa, Darren Lok, pemain tengah, Stuart Wilkin, bek kiri Daniel Ting, bek tengah Dominic Tan dan pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani.
BACA LAGI: Marlon Alex James antara 3 pencetak gol berbisa di bawah telunjuk Allahyarham Azraai Khor
Ramon Machado (kanan) dilihat akan membantu jentera serangan Sabah FC membolosi benteng pertahanan lawan. — Facebook/Sabahfc
BACA LAGI: Sudah dapat 2 tawaran, tonggak pertahanan Kelantan enggan lagi panaskan bangku simpanan
Pemain kelahiran Portugal itu berkata, Sang Badak terpaksa bekerja keras semasa latihan untuk memastikan mereka cergas kerana kelab Australia itu terkenal dengan kelebihan fizikal yang baik.
“Pasukan sudah bekerja keras untuk menjadi cergas, mood dan semangat dalam pasukan ini sentiasa baik, semua pemain fokus dan yakin untuk bermain permainan yang baik menentang lawan yang kuat.
“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang lawan yang kuat, mereka sememangnya mempunyai pengalaman dalam kejohanan seperti ini.
“Mereka bermain di tempat sendiri, semua faktor ini penting, tetapi kami tahu kekuatan kami juga dan kami akan berjuang bersama untuk mendapatkan keputusan yang positif," kata perancang berusia 31 tahun itu.
Castanheira menyertai kelab Sabah FC tahun lepas dari kelab Iceland IBV, bermain 23 perlawanan dalam semua pertandingan, menjaringkan lima gol dan empat bantuan.
Dalam saingan Piala AFC, dia sudah bermain tiga perlawanan dan menjaringkan satu gol.
“Musim pertama saya baik dan secara individu penyesuaiannya hebat kerana saya membantu pasukan dengan gol, hantaran dan persembahan yang baik jadi saya gembira dengannya.
“Pada musim kedua saya, mentaliti adalah sama, saya akan melakukan segala-galanya untuk membantu Sabah mencapai matlamat mereka, dan jika boleh dengan gol dan bantuan, sudah tentu," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram