RATA-RATA peminat berpendapat Kim Pan-gon perlu melakukan beberapa rombakan terutama di posisi tengah untuk menghadapi dua perlawanan penting bertemu Oman pada 22 dan 26 Mac depan.
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri berkata, ada dalam kalangan pemain yang menggalas tugas di posisi berkenaan kurang memberi impak kepada pasukan, lapor Stadium Astro.
Namun, wujud persoalan apakah penggantian pemain wajar dilakukan tatkala pemain yang berada dalam senarai bersedia tidak beraksi secara kompetitif ketika ini.
BACA LAGI: 'Satu lagi sampai Jun nanti', bukan seorang, tapi 2 bintang import baharu JDT didedahkan TMJ
Meskipun tersingkir, skuad Harimau Malaya berjaya mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3 dalam Kumpulan E Piala Asia. — Facebook/FAM
"Pasukan ini tidak boleh berpecah, penggantian juga tidak boleh ramai, tidak boleh sampai separuh pasukan.
"Saya tidak jangka Pan-gon untuk memanggil pemain dari luar senarai menunggu.
"Netizen pula mengharapkan ada pemain di luar senarai menunggu perlu dipanggil tetapi saya tidak nampak di mana untuk menilai prestasi mereka berbaki hampir 40 hari ke Oman.
"Kalau boleh saya hendak lihat perubahan di kawasan tengah di mana kita bergelut dalam tiga perlawanan di Piala Asia Qatar.
"Penjaga gol, pertahanan, tengah dan kawasan serangan merupakan kesebelasan utama.
"Malaysia perlu mengatur dua perlawanan yang sesuai dengan saiz perlawanan, setidak-tidaknya satu perlawanan kompetitif-ada mata ranking atau tidak.
"Perancangan pasukan adalah mendapatkan rentak permainan dan untuk Pan-gon menilai semula prestasi anak buahnya.
"Jadi sudah tentu Malaysia boleh memilih pasukan yang memiliki kesederhanaan ranking," katanya kepada pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram