SELEPAS beraksi cemerlang dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar, nama tonggak Sabah FC, Daniel Ting mencanak naik.
Baru-baru ini, kem Sabah FC digemparkan dengan berita kurang gembira selepas pertahanan kiri Sang Badak itu dikhabarkan bakal menyarung jersi Merah Kuning musim depan.
Jadi, tidak hairanlah apabila Selangor FC berminat untuk mendapatkan khidmatnya dalam usaha kelab terbabit memberikan saingan di pentas Asia.
Khabar angin berkenaan juga dilihat semakin hampir menjadi realiti apabila Daniel Ting sudah mengikuti laman Instagram skuad Gergasi Merah baru-baru ini.
BACA LAGI: Bintang tercicir skuad Piala Asia Jepun pilih The Rhinos sebab Kim Swee
Daniel Ting antara pemain yang menampilkan aksi cemerlang ketika mengikat Korea Selatan.
BACA LAGI: Dilabel pengganti Habib Haroon, Akram Mahinan mahu bantu TFC muncul ‘Top 3’ Liga Super
Meskipun begitu, Daniel Ting yang berstatus sebagai pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT) itu dijangka tidak akan diturunkan sekiranya Selangor dijadual berdepan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Bagaimanapun, perkara itu bukanlah masalah utama bagi skuad Gergasi Merah berikutan masih memiliki barisan pemain yang berkualiti.
Skuad The Red Giants juga perlu mempersiapkan gaya permainan tanpa Daniel Ting agar lebih bersedia jika bekas pemain Sabah FC itu tidak dapat diturunkan ataupun cedera.
Selain itu, kehadiran Danial Ting mampu mewujudkan persaingan kuat bagi merebut posisi pertahanan kiri yang sebelum ini dipegang oleh Fazly Mazlan.
Persaingan tersebut dilihat baik untuk pasukan Gergasi Merah agar para pemain menampilkan aksi cemerlang bagi merebut slot kesebelasan utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram