'Satu lagi sampai Jun nanti', bukan seorang, tapi 2 bintang baharu JDT didedahkan TMJ


  • Podium
  • Ahad, 04 Feb 2024

Pastinya kehadiran Cardoso dijangka berpotensi untuk membantu jentera serangan Harimau Selatan. — Facebook

JOHOR Darul Takzim (JDT) pada Sabtu sudah mengumumkan seorang lagi pemain baharu mereka untuk musim 2024/2025 apabila sudah sah menandatangani pemain kelahiran Itali, Nicolao Cardoso.

Pengumuman tersebut dikongsikan di laman rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers yang dilihat kehadiran Cardoso bakal membantu mempertahankan gelaran juara bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Bukan itu sahaja, kehadiran pemain berketinggian 1.84 meter itu dilihat berpotensi membantu Harimau Selatan bersaing di pentas Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) nanti.

BACA LAGI: Dengarnya bakal tinggalkan The Rhinos, Selangor FC masih untung besar jika ‘on loan’ Daniel Ting dari JDT

Azam Azmii

Azam Azmi meninggalkan skuad Sang Penyu setelah dua musim beraksi di Pantai Timur. — Facebook/Terengganu FC

BACA LAGI: Dilabel pengganti Habib Haroon, Akram Mahinan mahu bantu TFC muncul ‘Top 3’ Liga Super

Sebelum ini, JDT sudah mengumumkan ketibaan beberapa pemain import antaranya Jalil Elias dan Francisco Geraldes.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Instagram Officialjohor, komen pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris sempat mencuri tumpuan penyokong tanah air.

Dalam hantaran tersebut, TMJ sempat mendedahkan bahawa dua lagi pemain baharu akan tiba di bumi Johor selain satu pemain bakal tiba pada Jun nanti.

Meskipun tidak mendedahkan nama pemain tersebut namun pertahanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad dijangka individu yang bakal tiba pada Jun nanti.

Ia susulan selepas JDT belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai bek sayap kelahiran Pulau Pinang itu.

Sebelum ini, Azam Azmi dikhabarkan sah menandatangani kontrak bersama JDT namun bakal dipinjamkan semula ke Terengganu FC sebagai pemain pinjaman.

Misteri identiti seorang lagi pemain bintang selain Azam Azmi juga belum terjawab, namun rata-rata peminat JDT mengaitkannya dengan pemain utama kelab utara tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram