[VIDEO] Memori bintang Argentina dicium fans berjambang Barcelona


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan Messi dicium oleh salah seorang fans Barcelona pada Februari 2013. — Agensi

SEBUT sahaja nama Lionel Messi, sudah tentu ramai penyokong tanah air mahupun luar negara mengenali bintang dunia tersebut.

Pastinya penyokong setia Messi akan mengingati kisah bintang Argentina itu yang tiba-tiba dicium oleh salah seorang penyokong lelaki Barcelona ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Argentina dan Sweden pada Februari 2013.

Kejadian tersebut kembali tular di laman X yang menunjukkan detik-detik Messi dicium oleh penyokong yang memakai jersi nombor 10 pasukan Barcelona yang berjambang.

BACA LAGI: Rombak midfield tapi jangan tukar semua — Otai Harimau Malaya

Lionel Messi

Gelagat Messi (kanan) yang hanya membiarkan penyokong tersebut mencium dahinya. — Agensi

BACA LAGI: 'Satu lagi sampai Jun nanti', bukan seorang, tapi 2 bintang import baharu JDT didedahkan TMJ

Meskipun secara tiba-tiba didekati oleh penyokong tersebut, Messi nampaknya tidak mengambil peduli mengenai perkara tersebut.

Menariknya video tersebut, selepas sahaja penyokong tersebut mencium dahi Messi, dia dengan tenang meninggalkan padang tersebut.

Kejadian tersebut berlaku ketika perlawanan antara Argentina dan Sweden dalam aksi persahabatan yang menyaksikan pasukan Messi meraih kemenangan dengan keputusan 3-2.

Untuk rekod, sebelum berhijrah ke kelab Inter Miami, Messi pernah menabur bakti bersama pasukan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram