GTR Burger ada sebab pilih Selangor


  • Podium
  • Rabu, 07 Feb 2024

Kerjasama antara FAS dan GTR Burger pasti akan merancakkan arena bola sepak tanah air.

TINDAKAN Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR) Burger mewujudkan satu perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mendapat reaksi ramai terutama dalam kalangan peminat bola sepak Selangor.

Namun, ramai juga mempersoalkan pilihannya memilih FAS berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun ranking JDT lebih 'power' dalam negara ini.

Pengasasnya, Nordin Mat berkata, dia memilih FAS adalah kerana pihak pengurusan bola sepak itu belum pernah menjalinkan kerjasama bersama pihak penjenamaan burger.

"Sebab JDT dia dah ada rakan strategik dalam bentuk burger. Dia dah deal dengan Woodfire Burger, jadi biasanya mereka tidak akan bekerjasama dengan produk yang sama.

"FAS belum pernah lagi bekerjasama dengan jenama burger jadi kita ambil kesempatan itulah untuk bekerjasama dengan FAS," katanya pada Majoriti.

BACA LAGI: Identiti maju bola sepak Selangor jadi faktor utama FAS, GTR Burger wujudkan kerjasama

2532317

Majlis menandatangani MoU itu dibuat semasa Pelancaran Musim Ketiga WSL.

Selain itu, Nordin Mat berkata, dia memilih FAS adalah kerana cara pihak pengurusan FAS yang dilihat sangat profesional.

"Mereka punya perlawanan biasanya akan disiarkan secara langsung di platform media mereka dan paling penting peminat FAS sendiri memang besar.

"Jadi itu sebagai langkah untuk mempromosikan jenama GTR Burger dalam kalangan peminat bola sepak Selangor," katanya.

Tambahnya lagi, pada tahun ini, pihak FAS banyak terlibat dalam program kejohanan dalam Selangor sehingga melibatkan hampir 1,500 perlawanan sepanjang tahun yang mengukuhkan lagi keputusannya untuk bekerjasama bersama FAS.

"Jadi macam sekarang kita dah bermula dengan Liga Wanita Super Selangor (WSL). Jadi, perlawanan pada setiap Sabtu dan Ahad itu kita diberi peluang untuk menjual burger di setiap acara di bawah FAS," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lega lepasi tekanan awal, Steffi akui puas MBSJ ke pentas akhir

2532316

Nordin Mat (depan, kiri) ketika menandatangani MoU bersama wakil dari FAS mengenai persefahaman antara kedua-dua pihak itu.

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) penajaan di antara kedua-dua pihak itu diadakan di Wyndham Acmar, Klang sempena Pelancaran Musim Ketiga Liga Super Wanita FAS (WSL) 2024 pada 28 Januari lalu.

FAS diwakili Setiausaha Agungnya, Muhammad Izrin Nabil Ismail sementara GTR Burger oleh Nordin Mat selaku Pengerusi Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (GTR).

Mengulas lanjut, Nordin berkata, selain FAS, dia juga sedang berunding dengan beberapa pasukan lain seperti Kedah dan juga Sabah bagi menaikkan lagi jenamanya di negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram