MENJADI pemain bola sepak bukannya mudah. Sejak daripada awal, satu-satu pemain perlu berusaha keras untuk membuktikan kebolehan mereka untuk beraksi.
Sudah pasti, akan ada pemain lain yang lebih baik melainkan jika anda adalah Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. Itu memang tidak boleh dicabar.
Dalam sesebuah skuad, pastinya jurulatih telah mempunyai pemain pilihannya untuk mengambil tugas seperti melakukan sepakan percuma, sepakan sudut dan penalti.
Tetapi apa akan jadi bila bukan pemain yang ditugaskan mengambil tanggungjawab tersebut? Pastinya akan mengundang rasa keraguan sama ada dia mampu melakukannya atau tidak.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah main bersama bintang termahal dunia antara 'facts' menarik duo terbaharu Faisal Halim
Itulah yang berlaku dalam sebuah perlawanan yang dipercayai diadakan di Amerika Selatan apabila seorang pemain 'dibelasah' oleh rakan sepasukannya ketika perlawanan.
Dalam sebuah rakaman di Instagram, perkara itu berlaku selepas pemain tersebut menjaringkan satu sepakan percuma dari jarak 25 meter dengan rembatan yang dihalakan ke penjaga gol berjaya menerjah jaring.
Usai menjaringkan gol, pemain tersebut kemudiannya berlari pantas ke arah bangku simpanan pasukannya lalu memukul pengurusnya.
BACA LAGI: Rombak midfield tapi jangan tukar semua — Otai Harimau Malaya
Tindakannya itu kemudiannya mengundang rakan sepasukan yang lain untuk 'membelasah' pemain tersebut dengan mereka memukul bahagian kepalanya. Malah, ada juga yang menendang ke arahnya.
Perbuatan tersebut merupakan perkara normal dalam sebuah pasukan bola sepak. Lazimnya ia akan berlaku ketika satu-satu pemain melakukan perkara yang tidak dijangka.
Dalam situasi itu, pemain tersebut bukanlah pemain yang selalu ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma. Apabila berjaya melakukannya, ia mencetus keraian ganas tersebut.
Perbuatan tersebut bukannya bermakna pemain tersebut tidak disukai oleh pengurus atau rakan-rakan sebaliknya itu adalah salah satu cara mereka menzahirkan semangat berpasukan yang kuat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram