DARI dulu hingga kini, dalam mana-mana perlawanan sukan pastinya akan diadakan pertandingan melibatkan penonton yang hadir ke stadium.
Lazimnya ketika sebelum perlawanan diadakan atau waktu rehat separuh masa, akan diadakan aktiviti santai bersama penyokong untuk menghiburkan semua yang hadir.
Jika dalam bola sepak, lazimnya akan diadakan pertandingan menendang bola ke dalam gol dari kawasan tengah padang. Siapa yang berjaya lakukannya akan mendapat hadiah.
Dalam bola keranjang juga ada. Lazimnya, akan diadakan pertandingan membaling bola ke dalam gelung dari jarak yang jauh. Selalunya, jarang untuk menemui pemenang dalam cabaran tersebut.
Namun begitu, lain ceritanya apabila cabaran tersebut menemui pemenangnya. Pada tahun 1993, seorang peminat Chicago Bulls, Don Calhoun telah memenangi cabaran tersebut ketika perlawanan National Basketball Association (NBA) menentang Miami Heat diadakan.
BACA LAGI: Spekulasi kini terpadam, Faisal Halim kekal bersama Selangor
Cabaran tersebut menawarkan hadiah berjumlah $1 juta (RM4.7 juta) dan disebabkan lontaran hebat oleh Calhoun itu, dia layak untuk membawa pulang wang tersebut. Untuk rekod, dia berjaya melakukan lontaran sejauh lebih 22 meter dan memasuki gelung.
Akan tetapi, kegembiraan nyata tidak lama kerana terdapat pertikaian mengenai kemenangan Calhoun itu.
Hal ini kerana, kemenangan itu dinafikan oleh sebuah syarikat insurans iaitu American Hole 'N One Inc. Syarikat itu mengatakan yang Calhoun telah melanggar syarat untuk menyertai cabaran itu.
Syaratnya adalah satu-satu peserta mestilah tidak mempunyai pengalaman bermain bola keranjang tetapi Calhoun pernah menyertai sukan tersebut di peringkat kolej. Jadi, dia telah didapati bersalah kerana melanggar syarat tersebut.
BACA LAGI: ‘What a city’, ramai spekulasi Beckham datang KL, fans Indonesia harap melawat sama
Akan tetapi, tindakan syarikat insurans itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai. Disebabkan itu, pihak Bulls dan syarikat minuman Coca-Cola telah membuat keputusan untuk membayar $50,000 (RM236,000) setahun selama dua dekad kepada Calhoun. Jumlah itu menyamai bayaran $1 juta yang sepatutnya diterima olehnya.
Calhoun mendedahkan yang legenda Michael Jordan yang memastikan pembayaran secara ansuran itu berlaku. Jika tidak kerana Jordan, Calhoun tidak dapat menikmati wang sebanyak itu selepas kemenangannya dinafikan.
Peristiwa itu menjadi sebahagian daripada sejarah NBA dengan ia dikenali sebagai The Calhoun Shot. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram