Kenali ePiala Asia, medan perjuangan skuad eRimau setanding Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Trofi ePiala Asia yang bakal dibawa oleh pemenang. — AFC

PERSAINGAN merebut kejuaraan Piala Asia 2023 di Qatar masih lagi berjalan dengan kejohanan sudah memasuki fasa kalah mati.

Namun begitu, selain kejohanan tersebut, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut mengadakan kejohanan ePiala Asia atau eAsian Cup.

Dengan skuad eRimau turut menghantar wakil ke kejohanan ini, Malaysia turut menghitung peluang untuk menjadi juara Asia dalam kejohanan sama dalam platform e-sukan.

Untuk bingkisan e-sukan kali ini, kita akan melihat bagaimanakah kejohanan ePiala Asia diadakan dari segi format dan sebagainya:

Apa formatnya?

Untuk saingan ePiala Asia, mereka tidak menggunakan format satu lawan satu (1v1). Sebaliknya, kejohanan tersebut menggunakan format dua lawan dua (2v2). Oleh itu, setiap negara perlu menghantar dua pemain sebagai untuk mereka bersaing.

Kejohanan bermula dengan peringkat kumpulan. Undian peringkat kumpulan menggunakan 100 peratus seperti Piala Asia. Oleh itu, skuad eRimau diundi dalam kumpulan E bersama-sama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Di peringkat kumpulan, setiap pasukan akan menentang sesama sendiri sebanyak dua kali. Ia menjadikan keseluruhan perlawanan diharungi adalah enam. Satu-satu negara akan berdepan lawan mereka dua kali berturut-turut sebelum berdepan pasukan seterusnya.

Sebagai contoh, Malaysia bertemu Jordan terlebih dahulu pada aksi pembukaan dan terus beraksi dua kali. Dalam aksi bertemu Jordan, Malaysia menang sekali dan kalah sekali. Setiap kemenangan akan menghasilkan tiga mata, seri satu mata dan tanpa sebarang mata dikutip untuk kalah.

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Santos, skuad Pilihan Brazil uji Kedah terlebih dahulu di Darul Aman

Siapakah wakil Malaysia?

Memandangkan setiap negara perlu menghantar dua pemain, eRimau memilih untuk menghantar nama-nama yang dianggap jaguh dalam dunia e-sukan negara.

Untuk ePiala Asia, Malaysia menghantar Nor Haikal Noh serta Khairul Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Keron.

Sebagai info, Haikal merupakan pemain bagi skuad e-sukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dikenali sebagai JDT GBX manakala Keron pula tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

Dua pemain tersebut diiringi oleh Shaharil Shaifuddin Shaharuddin atau Ochibi yang bertindak sebagai jurulatih.

BACA LAGI: Ketibaan Umar Eshmurodov jadi rekrut pertama Selangor FC

423132885_1087454425661126_5551543977772148755_n

Skuad eRimau membawa cabaran negara di ePiala Asia. — FAM

Sebesar mana peluang eRimau?

Mencongak peluang eRimau di ePiala Asia, Malaysia mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Walaupun diletakkan dalam kumpulan sama dengan Jordan yang merupakan juara Global E-sports Games 2023, skuad eRimau berjaya mendapatkan keputusan yang baik bertemu mereka.

Perkara ini sedikit sebanyak meluaskan peluang Malaysia untuk mara selepas berjaya mendapatkan keputusan baik menentang juara dunia. Selepas Jordan, Korea Selatan dan Bahrain menanti mereka.

Jika keputusan positif berjaya dilakar sekali lagi oleh eRimau, ia akan membuka peluang untuk Malaysia berjaya mencapai sasaran ke pusingan 16 terakhir seperti yang dirancang.

Cabaran bermain 2v2 jelas berbeza dengan acara format 1v1, tetapi segalanya tiada yang mustahil untuk eRimau kita! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram