Musim 2024 mencabar, Tan Cheng Hoe sahut cabaran kendali pertambahan kuota import


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Cheng Hoe bagaimanapun tidak menutup peluang buat pemain tempatan dalam skuad Gergasi Merah daripada terus menyinar. — Facebook/Selangor FC

JUMLAH kehadiran pemain import yang bertambah haruslah seiring dengan kualitinya, sekali gus akan meningkatkan lagi mutu Liga Malaysia ke tahap yang lebih memuaskan.

Itulah yang ditegaskan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe yang menyaksikan pertambahan enam pemain import di atas padang (iaitu 4+1 (Asia) +1 (Asean) dengan seorang di bangku simpanan merupakan satu cabaran baharu yang dilihat akan memberi kelainan kepada sesebuah kelab.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jurulatih untuk menilai kualiti anak buahnya, termasuk pemain import selain dia percaya secara peribadi perubahan ini akan memberi impak positif kepada peningkatan Liga Malaysia selepas ini.

“Ini adalah perkara yang baharu dalam Liga M dan saya menyahut cabaran tersebut di mana sudah tentu ini akan beri peluang kepada pemain tempatan dan import untuk terus bersaing secara sihat.

“Pemain tempatan sudah tentu kena pastikan mereka mampu untuk merebut kesebelasan utama dan kalau kelab mampu untuk dapatkan 10 pemain import juga, saya tiada masalah.

Berdasarkan peraturan, skuad Gergasi Merah merupakan antara pasukan yang boleh mengikat 10 pemain import apabila bakal bersaing di pentas Asia dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2.

BACA LAGI: Ketibaan Umar Eshmurodov jadi rekrut pertama Selangor FC

selapa_1703159078

Skuad Gergasi Merah perlu menampilkan aksi lebih baik musim ini. Facebook/Selangor FC

BACA LAGI: Kenali Ronnie Fernandez, penyerang Chile disebut-sebut pengganti ideal Ayron di Selangor

Tambahnya, penambahan kuota itu tidak akan menyaksikan pemain tempatan disisihkan kerana mereka masih berpeluang berada di atas padang sekiranya dapat memberikan persembahan lebih baik.

“Dan kalau kita dah ambil pemain import, tetapi mereka tidak boleh beri impak terbaik, saya kena guna pemain tempatan juga.

“Selain itu, saya percaya kemasukan ramai pemain import berkualiti mampu melonjakkan lagi kualiti permainan sekali gus akan lahirkan ramai pemain yang lebih kompetitif,” jelasnya.

Bercakap mengenai pasukan, Cheng Hoe tidak menolak musim yang mencabar untuk Selangor FC kali ini terutamanya selepas berjaya menjadi naib juara Liga Super 2023 musim lalu.

Ini kerana mereka perlu memberikan fokus yang lebih tinggi dalam setiap perlawanan untuk memastikan pasukan mampu meraih keputusan positif di pentas ACL 2.

“Musim yang mencabar juga untuk pasukan sebab bukan sahaja kena fokus dekat Liga Super tetapi kita juga nak bersaing di ACL 2.

“Sebab itu saya nak pemain kekal fokus dan juga memperbaiki prestasi individu selain fizikal juga penting untuk bersedia dengan musim yang begitu mencabar.

“Tahun lepas kita melakukan tugas yang cukup baik untuk raih naib juara liga dan tahun ini, sebagai jurulatih saya positif dengan pasukan ini selain setiap individu harus kerja keras”, tambahnya.

Selangor FC kembali memulakan latihan bersama barisan pemain secara rasmi pada 5 Februari (Isnin). — MFL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram