Kehadiran Fortes boleh selesaikan masalah 'winger' Selangor, bantu beri cabaran di Asia


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Alvin Fortes merupakan pemain import kedua direkrut Selangor musim ini. — Selangor FC

KEHADIRAN pemain dari Cape Verde, Alvin Fortes dilihat akan menyelesaikan masalah di bahagian sayap yang dialami Selangor FC pada musim lalu.

Walaupun Gergasi Merah mempunyai Faisal Halim di bahagian sayap, tetapi Selangor dilihat tidak begitu mengancam dekat posisi tersebut kerana kekurangan pemain yang mempunyai kualiti sepertinya selain isu depth.

Bagi pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, kehadiran Fortes akan membantu menambah sengat mereka di bahagian sayap sekali gus menguatkan serangan yang akan diterajui penyerang Chile, Ronnie Hernandez.

Untuk Cheng Hoe, dia amat mengharapkan yang Fortes boleh menyesuaikan diri bersama Selangor dengan cepat berbekalkan pengalamannya beraksi di Thailand bersama-sama Ratchaburi FC.

"Musim lalu, skuad kami kekurangan pemain sayap semula jadi yang boleh menyumbang kepada kekuatan serangan.

"Dengan mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand, saya berharap Fortes tak akan ambil masa lama untuk sesuaikan diri bermain di sini," ujar Cheng Hoe.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah main bersama bintang termahal dunia antara 'facts' menarik duo terbaharu Faisal Halim

BACA LAGI: Rombak midfield tapi jangan tukar semua — Otai Harimau Malaya

Dalam masa yang sama, bekas pengendali skuad kebangsaan itu berharap kehadiran Fortes dapat membantu Selangor memberikan cabaran sengit di kejohanan Asia kelak.

Mewakili Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), sudah pasti Cheng Hoe mahukan Selangor menyengat dan kerana itu Fortes direkrut bagi menguatkan Gergasi Merah.

"Mempunyai Fortes akan membolehkan kami untuk mengatasi kesukaran dia kedua-dua belah sayap, terutamanya apabila beraksi di kejohanan Asia kelak," kata Cheng Hoe.

Bersama Ratchaburi, Fortes menjaringkan tujuh gol berserta dua bantuan jaringan dalam 22 penampilannya untuk kelab tersebut.

Selain kelab itu, dia juga mewakili Nongbua Pitchaya di Liga Thailand di mana Fortes melakukan 13 penampilan, menghasilkan empat gol dan tiga bantuan jaringan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram