Hero Piala Malaysia 2018 Terengganu antara disebut sertai skuad TBG tak lama lagi


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Beberapa pemain dalam skuad Sang Penyu dari 2018 masih mampu beraksi di tahap tertinggi ketika ini.

SETAKAT ini, Perak FC menjadi salah sebuah pasukan paling sibuk berbelanja dalam Liga Super apabila sudah mengumumkan kehadiran beberapa rekrut baharu.

Bekas pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Tommy Mawat Bada menjadi pemain pertama dibawa masuk sebelum ubi muda Terengganu FC, Azfar Fikri disambar kelab Utara tanah air itu.

Tidak lama selepas itu, skuad The Bos Gaurus (TBG) sekali lagi membuat pengumuman mengenai rekrut baharu pasukan apabila mengumumkan kehadiran Ariff Ar Rasyid dan Ramadhan Hamid yang masing-masing dari Kelantan United dan PDRM FC.

Langkah pantas yang dilakukan Perak FC itu dilihat berpunca daripada harapan pihak pengurusan untuk menyaksikan kelab tersebut beraksi lebih baik musim depan.

Mereka yang menamatkan saingan Liga Super 2023 di kedudukan ke-11 boleh dikatakan kurang menyinar memandangkan mereka sudah melakukan pelaburan besar-besaran sebelum ini.

BACA LAGI: Sambil tunggu 'offer' JDT, CEO Perak FC dedah lepaskan import demi buru striker tajam

423132728_395666159680432_8854161786152873236_n

Ariff (kanan) merupakan antara yang baru sahaja ditandatangani skuad TBG. β€” Facebook/Perak FC

Jadi, dengan kehadiran empat pemain baharu itu, skuad TBG dijangka mampu memberi tentangan lebih hebat dalam misi kembali menjadi antara pasukan tempatan digeruni.

Bagaimanapun, Perak FC dilihat masih belum mahu meletakkan titik noktah terhadap perbelanjaan pasukan dengan khabar angin terus mengaitkan mereka dengan pemain baharu.

Dalam satu hantaran laman penyokong skuad TBG, Silver Retro, skuad kendalian Yusri Che Lah difahamkan bakal membawa masuk seorang pemain yang pernah beraksi bersama Terengganu FC.

"Dari sisi pemain tempatan dijangka tiada elemen 'wow' bagi perpindahan masuk untuk pasukan Perak FC kecuali gosip perpindahan pemain yang pernah membawa Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia 2018.

"Kehadiran pengendali kelahiran Kelantan mungkin sedikit menceriakan penyokong dan peminat bola sepak Perak," tulisnya dalam satu hantaran pada Sabtu.

BACA LAGI: Ramai kecewa Perak lepaskan penyerang Korea tapi kekalkan Luka Milunovic

Perak's Partiban K. Janasekaran during the Super League match against Selangor at Shah Alam Stadium last night. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. April 12, 2019.

Partiban sudah beberapa kali dikaitkan dengan kepulangan ke skuad TBG musim ini.

Melihat kepada skuad Sang Penyu kira-kira lima tahun lalu, masih terdapat sebahagian besar daripada mereka masih aktif dalam saingan Liga Super.

Antara yang boleh dikatakan cukup sesuai dengan klu Silver Retro itu ialah bekas pemain Perak FC sendiri, J Partiban yang sebelum ini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA) FC dari Kuala Lumpur City FC.

Selain itu, Faiz Nasir yang baru sahaja pulang daripada dipinjamkan ke Kelantan United FC juga beberapa kali disebut-sebut akan menyertai Perak FC kerana tempatnya bersama Terengganu FC sudah semakin tergugat.

Ketika ini, skuad TBG dilihat lebih terdesak untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan memandangkan jumlah gol dibolosi mereka musim lalu cukup merisaukan.

Namun, dengan jendela perpindahan hanya akan ditutup pada penghujung April, mereka dijangka membuat perancangan lebih teliti bagi mengelakkan pembaziran terhadap pasukan. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram