Ramai kecewa Perak lepaskan penyerang Korea tapi kekalkan Luka Milunovic


  • Podium
  • Rabu, 31 Jan 2024

Seo Seon-ung memilih untuk tinggalkan Perak. — Perak Football Club

PEMAIN import Perak FC dari Korea Selatan, Seo Seon-ung telah meninggalkan kelab tersebut apabila memilih untuk tidak lagi bersama mereka.

Penyerang berusia 23 tahun itu meninggalkan Perak dengan pelbagai memori manis walaupun mengharungi perjalanan gelora dalam musim Liga Super pasukan tersebut.

"Saya telah memilih untuk menamatkan perjalanan saya dengan pasukan ini (Perak). Musim pertama saya di Malaysia cukup mengagumkan kerana anda semua (penyokong).

"Kepada penyokong, terima kasih kerana datang ke stadium dan menonton perlawanan dan menyokong kami. Ada masanya saya dapat saksikan bendera Korea Selatan, ia cukup mengujakan.

"Saya sangat seronok dapat bermain untuk Perak. Terima kasih kerana sentiasa memanggil nama saya dan menyokong saya," kata Seon-ung dalam ucapan perpisahannya.

BACA LAGI: Perlawanan uji sistem VAR tidak jejas persiapan kelab-kelab Liga Super

Pemergian penyerang itu nyata mengundang duka para penyokong Perak yang berasakan pemain itu mempunyai potensi baik untuk terus menyerlah bersama skuad kendalian Yusri Che Lah.

"Semoga berjaya dan terima kasih Seon-ung," kata penyokong bernama Pak Chu Remy.

"Rugi, patut simpan buat backup," komen Aliff Brendan.

"Selepas cedera di muka kurang menyerlah prestasinya mungkin kerana concussion. Kita ucapkan selamat maju jaya kepada dia," ujar Paksu Man Taiping.

BACA LAGI: Kekal warna Hijau Kuning, Sang Kenari wajib buru sentuhan samba perkuat ‘backfour’

1980395

Seon-ung (tengah) meraikan jaringannya untuk Perak. — Perak Football Club

Ada juga yang pertikai kenapa Seon-ung yang meninggalkan Perak dan bukannya seorang lagi pemain import iaitu Luka Milunovic.

Milunovic dianggap sebagai pemain flop Perak pada musim lalu dan rekod Seon-ung lebih baik berbandingnya.

Sebagai rekod, Seon-ung menjaringkan lapan gol dalam Liga Super dan Piala Malaysia sementara Milunovic cuma mencatatkan lima jaringan dalam dua kejohanan tersebut.

Namun begitu, ada yang berasakan lebih baik Perak cari pemain lain yang lebih baik berbanding Seon-ung untuk kuatkan barisan serangan mereka.

"Tak rugi Perak lepaskan dia, lepas cedera terus teruk dia main," kata penyokong bernama Mohd Haikal.

"Dia ni bagus juga. Larian pantas tapi itulah, kadang kala lariannya tak ada hala tuju," komen Syahir Azazis.

"Eloklah itu lepaskan, boleh dapatkan Lee Kang-in yang tengah on-form dengan Korea Selatan dekat Piala Asia sekarang," seloroh Nbhan Julian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram