KISAH mengenai seorang penyokong Malaysia yang menjual motosikalnya semata-mata untuk terbang ke Qatar bagi menyaksikan Harimau Malaya beraksi telah mendapatkan ganjarannya.
Derrick Gan yang menjual motosikalnya semata-mata untuk menyokong Harimau Malaya di Qatar kini telah memperoleh kenderaan baharu yang itu telah diberikan oleh pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Sebaik saja pulang ke Malaysia, Faisal mengotakan janjinya untuk menghadiahkan sebuah motosikal baharu untuk Derrick sebagai tanda terima kasih atas dedikasinya dia menyokong pasukan kebangsaan.
Dalam rakaman yang disiarkan di laman X (Twitter), Faisal mengucapkan terima kasih kepada Derrick yang sanggup untuk bergadai harta demi menyokong Harimau Malaya.
Faisal (tengah) terus hadiahkan Derrick motosikal baharu apabila sampai di Malaysia. — FAM
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya kasihan untuk Johor', ayat K. Devan tidak mungkin berulang lagi di era JDT
Malah, Faisal turut berasa sedih melihat rakaman Derrick yang menangis ketika Malaysia mendahului 2-1 menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E.
"Saya sebagai pemain memang rasa terharu, teruja, agak sedih sebenarnya melihat anda menangis ketika (mendahului) dengan Korea Selatan.
"Oleh itu, saya dan pihak Blast Active hadiahkan motosikal ini untuk anda," kata Faisal.
Sebelum ini, Faisal dan sebuah entiti iaitu Blast Active bekerjasama ingin menghadiahkan motosikal kepada Derrick atas kisah pengorbanannya yang tular baru-baru ini.
Malah, bukan setakat Faisal, tetapi sebuah kedai menjual motosikal iaitu Ahmad Motoworks juga tidak ketinggalan ingin menghadiahkan kenderaan tersebut kepada Derrick. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram