[VIDEO] Pengadil lenjan peninju tak reti duduk diam


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

Pengadil (baju belang hitam putih) melakukan gerakan ala 'smackdown' terhadap salah seorang peserta.

DALAM sukan tempur, kita dapat saksikan peserta akan melakukan pelbagai pergerakan berbahaya seperti menumbuk, menendang serta melakukan lock kepada pihak lawan.

Lazimnya, perlawanan akan diadakan dengan penuh tertib dan semangat kesukanan walaupun ada kalanya akan berlaku detik panas antara kedua-dua peserta.

Pengadil yang menguruskan perlawanan lazimnya akan memastikan kedua-dua peserta dalam keadaan baik dan perlawanan diadakan dalam keadaan terkawal.

Namun begitu, apabila tiba masanya keadaan menjadi kucar-kacir, waktu itulah pengadil perlu tampil ke depan dan menonjolkan ketegasannya, walaupun terpaksa menggunakan kekuatan fizikal.

BACA LAGI: Ramai fans lelaki ‘backup’ Intan Serah

Seperti yang berlaku dalam sebuah rakaman yang tular di Instagram, ketika sebuah perlawanan tinju diadakan, seorang pengadil telah bertindak 'menewaskan' salah seorang peserta.

Hal ini berlaku disebabkan salah seorang peserta itu barang kali sedang dalam keadaan berang kerana dia baru saja dijatuhkan oleh pihak lawan dan pengadil masuk campur untuk mengawal keadaan.

Disebabkan tidak puas hati dengan keputusan pengadil, peserta itu kemudiannya menunjal kepala pengadil. Usai tindakan tersebut, pengadil itu kemudiannya memilih untuk melakukan gerakan ala smackdown terhadap peserta tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Abah takde duit, saya pakai but bola harga RM15 — Faisal Halim

Pihak lawan yang melihat kejadian itu turut ingin menambah 'lauk' namun belum sempat dia berjaya melakukannya, pengadil tersebut telah menghalangnya.

Tindakan pengadil itu benar-benar mahu memberikan mesej yang para peserta tidak sepatutnya bertindak berlebihan ketika perlawanan sedang diadakan, lebih-lebih lagi apabila cuba melakukan provokasi terhadap pegawai perlawanan.

Lagi-lagi dalam sukan tempur seperti tinju, pengadil itu pun punya skil yang sama hebat dengan peninju juga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram