Program Mencari Ramli, last-last rupanya terjumpa Mickey


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

Faisal Halim merupakan salah seorang peserta terbaik dalam rancangan Mencari Ramli. — Agensi

NAMA Faisal Halim kini cukup mekar dalam arena bola sepak negara. Pemain sayap Selangor FC itu menjadi sandaran Harimau Malaya dengan gerakan lincahnya sentiasa menjadi igauan pihak lawan.

Sebelum berjaya sampai ke tahap hari ini, anak jadi Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu bermula sama dengan pemain lain iaitu dari peringkat bawahan.

Malah, Faisal juga pernah menyertai sebuah rancangan realiti pencarian bakat bola sepak yang dikenali sebagai Mencari Ramli.

Rancangan terbitan TV3 itu merupakan satu kerjasama antara pihak TM yang pada waktu itu, mempunyai rancangan kerjasama dengan kelab England iaitu Manchester United.

BACA LAGI: Tugas di Qatar selesai, 3 watak baharu harus digilap demi misi ke Piala Asia 2027

422651932_344742881715548_6486857226529502334_n

Faisal turut pernah menyertai rancangan Soccer Kids terbitan TV3. — Agensi

BACA LAGI: Dirisik Kedah, tapi Mr Kuala Lumpur tetap setia dengan City Boys

Dalam rancangan tersebut, Faisal menjadi lima pemain terbaik dan diberikan peluang untuk melawat Old Trafford sambil berlatih dengan para pemain United ketika itu.

Itu adalah cerita sekitar tahun 2013-2014, lompat kepada 10 tahun selepas peristiwa tersebut, nama Faisal diletakkan sebagai bintang yang menjadi harapan rakyat Malaysia ketika dia beraksi untuk Harimau Malaya.

Ternyata, saat mereka sedang mencari Ramli, Faisal pula yang dijumpai dan itu adalah penemuan hebat buat bola sepak negara.

"Muka macam ada iras Amir Raja Lawak, tapi bakatnya luar biasa. Terbaik anak muda," kata penyokong bernama Shafiq Mohd Noor.

"Tahniah anak muda, semoga terus cemerlang di persada," ujar Abu Eming pula.

"Duduk dengan Sri Pahang FC selama empat tahun, aku tak kenal dia. Tapi duduk Terengganu FC satu musim, dia meletup gila," komen Saudagar Wex.

Untuk rekod, itu bukanlah kali pertama Faisal terlibat dalam program realiti pencarian bakat bola sepak. Selain Mencari Ramli, Faisal juga pernah menyertai rancangan seperti Jaguh Futsal RTM.

Akan tetapi, namanya terpaksa disisihkan kerana umurnya tidak menepati syarat untuk menyertai program tersebut walaupun bakatnya cukup cemerlang ketika uji bakat.

Selain itu, Faisal juga pernah menyertai Soccer Kids dan menjadi antara pemain terbaik dihasilkan oleh program tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram