REPUTASI Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pasukan terbaik dalam negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi selepas mereka menjuarai empat kejohanan domestik semusim untuk dua tahun berturut-turut.
Bukan sahaja peringkat domestik, prestasi skuad Harimau Selatan di pentas Asia juga sukar disangkal apabila mereka menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) di tangga ketiga.
Meskipun mencipta nama dalam peringkat domestik dan Asia, JDT atau sebelum ini dikenali pasukan Johor bagaimanapun pernah tewas di tangan Selangor FC.
Bukan satu atau dua jaringan tapi Johor pernah dibolosi sebanyak enam gol di tangan Selangor FC dalam saingan Liga Super 2010.
Pastinya keputusan itu akan menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong Gergasi Merah.
BACA LAGI: 'Demi kejayaan masa depan', Paulo Josue backup Kim Pan-gon
BACA LAGI: 'Liga start lambat', fans Kedah redha pemergian Assifuah
14 tahun lalu, pasukan Johor pernah dibelasah dengan keputusan 0-6 oleh pasukan kendalian K. Devan ketika kebanyakan pasukan Liga Malaysia masih bernaung di bawah persatuan bola sepak negeri.
Devan ketika dilaporkan berkata, dia berasa kasihan kepada Johor kerana mereka berdepan antara pasukan terkuat Liga Super.
Malah kata, Johor ketika itu turut dibarisi oleh pemain-pemain muda yang kurang berpengalaman sekali gus menjadi punca kekalahan pasukan tersebut.
Dalam aksi tersebut, Selangor melancarkan serangan dengan menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Safee Sali dan Amirulhadi Zainal yang masing-masing mencetak dua gol.
Selain itu, Razam Roslan dan Safiq Rahim antara yang membantu mencetak gol ketika itu.
Bagaimanapun, pastinya rekod seperti itu sukar untuk diulang kembali oleh pasukan Selangor berikutan hanya menjadi pasukan belasahan JDT ketika ini.
Kali terakhir Selangor menewaskan Johor adalah pada 5 Ogos 2017 dalam saingan Liga Super dengan keputusan 2-1 yang dicetak oleh Amri Yahyah dan Andik Vermansah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram