Lancelot antara 4 hero MLBB jadi pilihan ramai pada 2023


  • eSports
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Mobile Legends Bang Bang adalah salah satu permainan video yang mendapat sambutan hangat dalam semua golongan masyarakat.

SETIAP permainan video pastinya pemain akan mempunyai hero atau karakter yang selalu menjadi pilihan mereka untuk berdepan dengan pelbagai cabaran atau misi untuk mengecapi kemenangan.

Ia sama juga dengan permainan video telefon pintar yang semakin digemari ramai, Mobile Legends Bang Bang (MLBB) sehinggakan mendapat sambutan luar biasa daripada golongan muda tidak kira dalam atau luar negara.

Malah MLBB juga mempunyai kejohanan dalam negara masing-masing dan dianggap permainan rasmi sukan digital atau lebih dikenali sebagai e-Sukan.

Seperti musim-musim lalu, setiap hero akan mempunyai sedikit perubahan dengan menyuntik peningkatan mahupun penurunan apabila sesuatu musim bermula.

Jadi anda sebagai peminat MLBB pastinya mahu mengetahui hero atau karakter yang dipilih oleh orang ramai ketika bermain video permainan sehingga bergelar pemain profesional.

Dengan itu, Majoriti senaraikan empat hero terbaik dalam MLBB yang sering menjadi pilihan orang ramai pada 2023:

BACA LAGI: Pemain import kagum dengan 'talent' Malaysia, letak JDT 'benchmark' untuk kemajuan Liga M

Fredrinn

Fredrinn boleh bertindak sebagai Tank atau Fighter.

1. Fredrinn

Fredrinn boleh bertindak sebagai Tank atau Fighter, dengan memberikan penurunan nyawa yang banyak jika terkena serangan miliknya.

Hero yang juga boleh bermain sebagai Jungler juga sangat susah untuk dibunuh kerana ia mempunyai ketahanan sangat tinggi.

Disebabkan itu, Fredrinn sering menjadi pilihan sebagai Jungler agar pasukan dapat mengambil objek seperti Turtle dan Lord dengan mudah.

Fredrinn juga mempunyai skil atau kuasa keempat yang dapat memanfaatkannya untuk menyerang musuh di kawasan luas.

Arlott

Arlott ialah fighter yang lincah dalam menewaskan musuh.

2. Arlott

Arlott merupakan hero fighter yang sudah dikenal dengan reputasi tinggi oleh para pemain MLBB.

Sehinggakan Arlott sering menjadi sasaran untuk tidak dibenarkan bermain kerana 'damage' sakit dan dapat menghabiskan musuh dengan mudah.

Ketika digunakan untuk berperang, Arlott boleh menjadi 'initiator' yang baik dalam memasuki pertahanan paling belakang lawan untuk mengusir 'damage dealer' lawan seperti 'gold lane' dan 'mid lane' agar tidak dapat masuk dalam pertempuran.

Arlott dapat dimanfaatkan menjadi mesin pembunuh handal dan fighter yang lincah dalam menewaskan musuh.

Irithel

Irithel sering menjadi pilihan utama 'pro player'.

3. Irithel

Satu lagi hero ML yang dilabel sebagai kuat yang kerap menjadi pilihan utama 'pro player' adalah Irithel.

Perubahan besar-besaran padanya membuatkan Irithel bukan lagi menjadi hero yang mengharapkan 'mana' tetapi 'energy' untuk membantunya memenangi pertempuran.

Dengan 'energy' saja ia mampu membantu Irithel untuk melakukan 'spam' skil yang boleh menyukarkan pihak lawan.

Ia belum lagi ditambah dengan serangan asas dan 'ultimate' skil yang kini semakin mempertajamkan daya serangannya.

BACA LAGI: 'Ke sana, ke sini', pinjaman JDT rupanya kena reject kekal dengan Tok Gajah

Lancelot

Lancelot merupakan hero kesukaan ramai pemain dalam MLBB.

4. Lancelot

Lancelot merupakan hero kesukaan ramai pemain dalam MLBB kerana ia merupakan antara assassin yang sangat lincah dan mampu memberikan 'damage' yang cukup bahaya buat pihak musuh.

Assassin sendiri merupakan salah satu hero yang memiliki tugas untuk menyerang musuh secara mengejut dan mampu menyerap tekanan daripada lawannya.

Tambahan lagi selepas Lancelot di 'revamp' oleh Moonton, rata-rata pemain mendapati hero assassin ini semakin lincah dan lebih berbeza daripada versi terdahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram