PM Anwar suntik dana RM5 juta buat FAM, pastikan Harimau Malaya lebih garang


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Anwar mengumumkan suntikan dana RM5 juta itu diberikan bagi tujuan menguruskan pasukan kebangsaan dan perkara-perkara di bawah bidang kuasa FAM.

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) mendapat peruntukan khas sebanyak RM5 juta dari kerajaan bagi meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa RM5 juta itu diberikan bagi tujuan menguruskan pasukan kebangsaan dan perkara-perkara di bawah bidang kuasa FAM.

"Saya menyaksikan pertarungan hebat Malaysia menentang pasukan yang jauh lebih hebat daripada kita.

BACA LAGI: Peluk bersama hargai fans Harimau Malaya, bagai petanda duo JDT ke Pantai Timur semakin hampir

BACA LAGI: Son Heung Min sepasukan punca Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga ranking FIFA

"Walaupun selepas kalah dua perlawanan (tewas di tangan Jordan dan Bahrain dalam aksi Kumpulan E), ia satu perlawanan yang menakjubkan dan hebat.

"Disebabkan semangat itu, atas permintaan Menteri Belia dan Sukan, kerajaan bersetuju menambah RM5 juta kepada FAM untuk menguruskan pasukan bola sepak negara," katanya.

Malaysia menjadi tajuk utama media dunia selepas mengikat Korea Selatan 3-3 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al-Janoub, Qatar pada Khamis. — The Star/T. Avineshwaran

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram