PASUKAN kebangsaan menutup tirai kempen Piala Asia dengan keputusan positif apabila berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3 di Stadium Al-Janoub, Qatar pada Khamis.
Jaringan magis daripada Faisal Halim mengegarkan seluruh dunia apabila berjaya mencuri perhatian banyak media tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, penyerang naturalisasi baharu, Romel Morales berjaya melakukan jaringan 'debut' bersama Harimau Malaya dengan epik apabila hanya memerlukan dua minit daripada bangku simpanan untuk mengikat pasukan yang berada di ranking ke-23 dunia itu.
Tidak ketinggalan jaringan penalti Arif Aiman juga membuatkan air mata penyokong setia Harimau Malaya berguguran apabila skuad kebangsaan berada di hadapan buat seketika pada minit ke-62 permainan.
Dalam kegembiraan kita menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengikat Korea Selatan, jauh di sudut hati terasa sedih apabila pemain yang pernah membantu Harimau Muda menewaskan lawan yang sama enam tahun lalu tidak berpeluang beraksi.
BACA LAGI: Son Heung Min sepasukan punca Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga ranking FIFA
Safawi dan Akhyar berpelukan semasa memberikan penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya. — Facebook/FAM
Pemain tersebut adalah Safawi Rasid yang hanya masuk sebagai pemain gantian semasa skuad kebangsaan tewas dengan keputusan 0-4 menentang Jordan pada 16 Januari lalu.
Safawi yang pernah merekodkan dua jaringan menentang Korea Selatan dalam Sukan Asia 2018 hanya memanaskan bangku simpanan untuk dua perlawanan terakhir Piala Asia.
Dengan kekurangan minit permainan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) menyukarkan Safawi untuk mendapatkan momentum terbaik sebelum beraksi di pentas Asia.
Menerusi satu gambar yang dibuat naik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kelihatan Safawi sedang memeluk Akhyar Rashid semasa memberikan penghargaan kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya.
Akhyar yang sebelum ini banyak bermula sebagai kesebelasan utama Harimau Malaya hanya dimasukkan oleh Pan-gon pada minit-minit akhir perlawanan dalam Piala Asia.
BACA LAGI: [VIDEO] 'When magic happens, jaringan Faisal Halim raih pujian seteru, disebut sebagai GOTT
Akhyar meraikan jaringan Romel Morales bersama-sama Arif Aiman. — Facebook/FAM
Tamat kempen Piala Asia, seluruh tumpuan pastinya tertumpu dengan duo JDT yang dikaitkan ke pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu pada musim depan.
Akhyar dan Safawi menjadi pemain yang terpaksa 'dikorbankan' oleh JDT kerana mahu mengurangkan perbelanjaan musim depan.
Khabar angin lebih kuat mengaitkan perpindahan dua pemain itu ke Terengganu kerana berpelukan sebelum mengakhiri kempen Piala Asia pada Khamis.
Untuk rekod, Safawi hanya tampil dalam tiga perlawanan bersama JDT manakala Akhyar pula merekodkan 16 aksi dengan Harimau Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram