[VIDEO] Contohi Ivan Mamut, kelab Liga M wajar intai 3 penyerang baka Balkan


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Bilbija berjaya meraih anugerah kasut emas dalam Liga Bosnia tiga musim berturut-turut. — Agensi

PENYERANG kelahiran Croatia, Ivan Mamut berjaya membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang berbisa apabila menjaringkan 11 gol dan satu 'assist' dalam 20 penampilannya di Liga Super musim ini.

Walaupun Mamut bermula perlahan bersama Terengganu FC (TFC) musim ini, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus garang di penghujung saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim lalu.

Kehebatan Mamut itu ternyata menarik minat beberapa kelab dalam dan luar negara untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

Selangor menjadi antara pasukan 'favourite' untuk mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan penjaring terbanyak Liga Super, Ayron del Valle selepas dia dikhabarkan tidak menyambung kontrak bersama Gergasi Merah musim depan.

Selain selalu memburu pemain asing dari benua Amerika Selatan dan Afrika, kelab Liga M wajar intai beberapa pemain daripada Balkan.

Majoriti senaraikan antara tiga penyerang baka Balkan yang kini sedang cemerlang bersama pasukan masing-masing:

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ikut jejak JDT, Selangor wajar pertimbangkan rakan Nooa Laine ganti Ayron del Valle

1. Nemanja Bilbija (Bosnia-Herzegovina)

Nemanja Bilbija antara penyerang paling prolifik dalam Liga Bosnia-Herzegovina apabila mendapat anugerah penjaring terbanyak liga sebanyak tiga musim berturut-turut.

Penyerang berusia 33 tahun itu, turut membantu pasukannya, HSK Zrinjski Mostar menjuarai Liga Bosnia sebanyak enam kali.

Manakala pada musim lalu, dia membantu HSK Zrinjski Mostar menjuarai Piala FA Bosnia.

Jika pasukan Liga Malaysia melamar Bilbija, ia bukanlah pengalaman pertama dia beraksi di Asia apabila pernah bermain di Korea Selatan pada musim 2019-2020 bersama Gangwon FC.

Meskipun sudah berusia 33 tahun, Bilbija masih mendapat panggilan skuad nasional Bosnia-Herzegovina.

Pemain berusia 33 tahun itu musim ini berjaya menjaringkan 20 jaringan dan enam 'assists' dalam 32 perlawanan bersama HSK Zrinjski Mostar.

2. Fran Brodic (Croatia)

Bekas penyerang skuad muda Croatia, Fran Brodic boleh menjadi antara pemain yang wajar diintai oleh pasukan-pasukan Liga Super.

Pemain berusia 27 tahun itu, musim ini menjaringkan tujuh gol dan satu 'assist' dalam 14 perlawanan Liga Croatia.

Brodic mempunyai pengalaman beraksi di Liga Belgium bersama Club Brugge, Royal Antwerp dan KSV Roeselare.

Namun, agak mustahil untuk melihat Brodic meninggalkan Dinamo Zagreb kerana dia mempunyai kontrak sehingga 2026 bersama pasukan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'When magic happens, jaringan Faisal Halim raih pujian seteru, disebut sebagai GOTT

3. Eduard Florescu (Romania)

Eduard Florescu bukanlah penyerang sejati tetapi pemain tengah menyerang Romania itu berjaya menghasilkan 10 jaringan dalam 22 perlawanan Liga Romania.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya beraksi dalam Liga Romania sepanjang memulakan kariernya sebaga pemain bola sepak profesional.

Tidak dinyatakan tempoh kontrak Florescu bersama pasukannya, FC Botosani namun pemain berketinggian 1.83 meter (m) itu mempunyai nilai pasaran semasa yang agak murah berbanding dua pemain yang di atas.

Pemain berkaki kidal itu juga mempunyai skil larian yang bagus dengan dapat menyudahkan sepakannya dengan sangat baik.

Florescu wajar menjadi pemerhatian kelab-kelab Liga M pada musim depan jika mahu menambah ketajaman di bahagian serangan pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram