Son Heung Min sepasukan punca Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga ranking FIFA


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Son Heung-min (jersi merah) sugul selepas Korea Selatan berjaya layak ke pusingan 16 walaupun seri 3-3 menentang Malaysia. — Agensi

MALAYSIA berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea pada Khamis, lapor Stadium Astro.

Perlawanan menarik yang berkesudahan seri 3-3 itu memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.

Sebelum ini, kedudukan semasa ranking Harimau Malaya berada di tangga 136 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.

Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3).

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ikut jejak JDT, Selangor wajar pertimbangkan rakan Nooa Laine ganti Ayron del Valle

Screenshot

Perkiraan tidak rasmi yang dibuat oleh Footy Rankings selepas skuad kebangsaan berjaya mengikat Korea Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'When magic happens, jaringan Faisal Halim raih pujian seteru, disebut sebagai GOTT

Sebelum ini Majoriti melaporkan skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-135 atau ke-136 dunia berbanding ke-130 dunia jika merekodkan keputusan buruk berdepan Korea Selatan.

Ini kerana, kekalahan kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia memberi kesan untuk menyaksikan ranking Harimau Malaya jatuh mendadak.

Malah jika skuad kebangsaan tewas kepada Korea Selatan, ranking negara akan jatuh dan Indonesia berpeluang memintas sekiranya Sang Garuda mara lebih jauh dalam Piala Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram