[VIDEO] Bukan ikut jejak JDT, Selangor wajar pertimbangkan rakan Nooa Laine ganti Ayron del Valle


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Jaime Moreno ketika ini beraksi bersama SJK Seinajoki di Liga Finland. — Agensi

MUSIM baharu, pasukan baharu itulah yang dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong bola sepak di negara ini untuk melihat perubahan yang berlaku dalam saingan liga yang akan bermula pada Mei depan.

Jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) juga sedang dibuka bagi memberi peluang pasukan bertanding dapat menambah baik skuad masing-masing.

Namun musim baharu ini agak berbeza daripada biasa, apabila perjalanan liga akan semakin panjang sekali gus memberi kesan kepada kantung kewangan pasukan.

Selangor menjadi antara pasukan yang sudah mula mengumumkan status semasa pemain dengan beberapa tonggak utama kekal bersama Gergasi Merah pada musim depan.

Status penjaring terbanyak Liga Super, Ayron del Valle masih belum diketahui apabila difahamkan penyerang itu tidak menyambung kontrak dengan Selangor pada musim depan selepas mendapat tawaran daripada kelab luar negara.

Beberapa nama pemain asing seperti Alvin Fortes, Deniz Hummet, Michael Rangel dan Manuel Hidalgo dikaitkan ke Selangor namun masih belum ada pengumuman rasmi.

Dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) merekrut kawan Nooa Laine, Murilo Henrique, Selangor boleh mengambil pendekatan dengan mengintai penyerang SJK Seinajoki.

BACA LAGI: Pemain import kagum dengan 'talent' Malaysia, letak JDT 'benchmark' untuk kemajuan Liga M

Pemain yang dimaksudkan ialah Jaime Moreno yang tersenarai antara penjaring terbanyak dalam Liga Finland pada musim lalu.

Penyerang berusia 28 tahun itu menjaringkan 12 gol serta satu 'assist' bersama SJK Seinajoki walaupun baru menyertai pasukan itu pada tahun lepas.

BACA LAGI: Sumbangan besar di JDT, Leonardo Velazques bakal senasib Forestieri?

Bukan hanya beraksi di Liga Finland, Moreno mempunyai pengalaman yang banyak apabila berkelana ke beberapa buah negara di benua Amerika dan Eropah.

Pengalaman di pentas antarabangsa bersama Nicaragua, Jaime pernah beraksi dalam CONCACAF Nations League B, World Cup Qualification CONCACAF, Gold Cup 2019.

Moreno mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dalam Liga Malaysia jika mempunyai pasukan berkualiti seperti Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram